Showing posts with label UUM. Show all posts
Showing posts with label UUM. Show all posts

Sunday, 14 April 2013

Terus berdiri teguh bersama parti

April 14, 2013

KOTA SAMARAHAN: Calon berpotensi Barisan Nasional (BN) dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang tidak dipilih untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti diharap terus berdiri teguh di belakang parti.

Perkara itu ditegaskan Ahli Majlis Tertinggi PBB Abdul Karim Rahman Hamzah yang memberi contoh di kerusi Parlimen Kota Samarahan, parti menerima lebih daripada enam nama calon berpotensi.

Namun, jelasnya, selepas penapisan dan penilaian yang teliti dari pelbagai aspek, hanya satu calon dipilih untuk mewakili BN pada PRU13.

“Tiap-tiap pilihan raya hanya seorang sahaja yang dapat mewakili satu parti dan apabila keadaan tersebut berlaku, mesti ada yang kecewa seperti di Samarahan ini terdapat tujuh orang yang berminat.

“Oleh itu, saya berharap calon yang tidak dipilih untuk bertanding pada pilihan raya ini tidak berkecil hati, sebaliknya diharap terus berdiri teguh dan memberi sokongan kepada calon yang telah ditentukan parti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan program khidmat masyarakat Universiti Utara Malaysia (UUM) di Kampung Niup dekat sini, semalam.

Menyentuh mengenai tempoh berkempen yang dipanjangkan kepada 15 hari berbanding 11 hari sebelum ini, Karim menyambut baik perkara itu.