KUCHING: Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menyeru kepimpinan persatuan ataupun pertubuhan yang tidak aktif agar memberi laluan kepada kepimpinan baru.
Beliau menegaskan untuk memegang tampuk kepimpinan, seorang pemimpin memerlukan minat dan visi.
"Jika sudah setahun (menjadi pemimpin), (tetapi) tidak dapat mengatur program, ia membawa maksud masanya sudah sampai untuk melepaskan jawatan untuk diberikan kepada orang yang lebih mampu," katanya ketika merasmikan Majlis Sanjungan Budi Kilauan Bakti di sebuah hotel petang tadi.
Majlis tersebut dianjurkan oleh Jabatan Perpaduan dan Kawasan Rukun Tetangga Bahagian Samarahan.
Beliau memuji komitmen yang ditunjukkan oleh kepimpinan Rukun Tetangga di Bahagian Samarahan yang aktif menjayakan aktiviti-aktiviti dikawasan masing-masing.