![]() |
KEMBANG GUSTI LENGAN: (Duduk dari kiri) Stephen, Teng, Abdul Karim, Igor dan Kirill bersama jawatankuasa penganjur dan sebahagian daripada ‘pullers’ merakamkan kenangan selepas sidang media, semalam. |
KUCHING: Inisiatif Kelab Gusti Lengan Premier 101 menganjurkan pelbagai kejohanan antarabangsa di Sarawak telah membantu mempopularkan sukan gusti lengan di negeri ini.
Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, populariti sukan lasak itu semakin meningkat hasil komitmen berterusan kelab terbabit melalui penganjuran pelbagai aktiviti berkaitan sukan berkenaan.
“Sukan gusti lengan semakin popular terutama di Sarawak. Ini kerana adanya mereka yang komited seperti mereka di sini yang telah memperkenalkan sukan dan amat komited dengan menganjurkan pertandingan dan melawat ke sekolah hanya untuk mempopularkan sukan ini.