![]() |
INSENTIF: Abdul Karim menyerahkan cek insentif kepada Buda sambil disaksikan (dari kanan) Hii, Ong dan Villaivan di Kuching kelmarin. |
KUCHING: Jaguh bina badan Sarawak, Buda Anchah menerima durian runtuh daripada kerajaan negeri berupa wang tunai berjumlah RM8,000 sebagai insentif kejayaan beliau pada Kejohanan Bina Badan dan Sukan Fizikal Dunia Ke-10 di Chiang Mai, Thailand, Disember lalu.
Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menyampaikan sendiri cek insentif tersebut di pejabatnya, Bangunan Baitul Makmur di sini kelmarin.
Turut hadir Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Hii Chang Kee, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak (PSS) Dr Ong Kong Swee dan Koordinator Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS), Villaivan Jee Edmond.