![]() |
BINCANG: Abdul Karim (dua kanan) mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Pelancongan Negeri Sarawak, semalam. |
KUCHING: Agihan 50 peratus cukai pelancongan bagi tahun 2017 hingga Disember 2018 berjumlah RM2.58 juta telah diberikan kepada Sarawak.
Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata kerajaan persekutuan menerusi Kementerian Kewangan telah menunaikan janji untuk mengagihkan cukai pelancongan negeri-negeri termasuk Sarawak pada suku pertama tahun ini.
“Kita baharu sahaja menerima (agihan 50 peratus) cukai pelancongan bagi tahun 2017 hingga penghujung 2018. Walaupun jumlahnya tidak begitu besar, saya sangat gembira kerana kerajaan persekutuan telah menunaikan janjinya,” katanya.