Showing posts with label Mohd Aini Wahab. Show all posts
Showing posts with label Mohd Aini Wahab. Show all posts

Monday, 29 December 2014

Karim gives kudos to 2014 Batang Samarahan Mini-Regatta

PROUD MOMENT: Karim and Aidel having a group photo with the winners.

KOTA SAMARAHAN: Youth Assistant Minister Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah was impressed with the success to hold the 2014 Batang Samarahan Mini-Regatta in a short period of time.

He said this success clearly showed that there was a very high level of commitment and cooperation among all who were involved in the event.

Karim, who was officiating the mini-regatta yesterday, said he was very happy to see such remarkable attitude was prevailing in the organising committee.

He expressed his hope that the mini-regatta could be a greater success in the future.

The assistant minister, who is also the Asajaya assemblyman, subsequently announced that a sum of RM15,000 would be given to the organising committee to hold the event next year.

Also present were Sadong Jaya assemblyman and Samarahan District Officer Mohd Aini Wahab.

Meanwhile Sinaran Sejijak Club was crowned as the King of Samarahan River when they won the 30 paddlers category.

Saturday, 7 December 2013

Karim terharu dengan sokongan padu penduduk Kampung Baru terhadap Barisan Nasional


ASAJAYA, Selasa — Menteri Muda Perumahan dan Pembangunan Belia (Bandar) Haji Abdul Karim Rahman Hamzah melahirkan rasa terharu atas sokongan penduduk Kampung Baru terhadap Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 yang lepas.

Beliau menyifatkan sokongan yang padu ini telah membantu Barisan Nasional mendapat kemenangan dalam pilihanraya tersebut.

Karim, merangkap ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N14 Asajaya, berkata sedemikian telah menyempurnakan majlis sumbangan duit raya kepada golongan kurang upaya di kampung berkenaan.

Seramai 139 orang penerima sumbangan tersebut merangkumi 109 orang warga emas dan ibu tunggal selain 30 orang anak-anak yatim.

Menyentuh tentang sambutan hari raya, beliau mengingatkan agar bersederhana dalam menyambut lebaran selain bijak menguruskan perbelanjaan. 

"Setiap kali menjelangnya perayaan pasti besar keperluan yang akan digunakan. 

"Namun, kita harus lebih bijak menguruskan perbelanjaan dan elakkan diri dari berbelanja dengan boros," katanya. 

Monday, 8 October 2012

KUBSB diseru komited majukan ahli

October 8, 2012

RASMI: Abdul Karim Rahman Hamzah (tiga kanan) menyaksikan persembahan silat pada perasmian Karnival Gegar Samarahan di ruang parkir Desa Ilmu kelmarin. Turut kelihatan Aini (kanan) dan Razemi (empat kanan).
KOTA SAMARAHAN: Koperasi Usahawan Bumiputera Sarawak Berhad (KUBSB) di sini diseru agar terus komited memajukan ahli-ahlinya yang terdiri daripada kalangan usahawan kecil dan sederhana.

Perkara itu ditegaskan Menteri Muda Perumahan Abdul Karim Rahman Hamzah pada majlis perasmian Karnival Gegar Samarahan 2012 anjuran KUBSB dengan kerjasama Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) Cawangan Samarahan di sini malam kelmarin.

Karim memberitahu bahawa beliau amat yakin kemampuan KUBSB untuk memajukan dan mentransformasikan ahli-ahlinya menjadi usahawan berjaya suatu masa kelak.

“Walaupun baharu dua tahun ditubuhkan di bahagian Samarahan, tetapi mereka bijak mengurus perjalanan ahli-ahlinya yang terdiri daripada usahawan-usahawan kecil.

“Jadi harapan saya adalah untuk melihat mereka ini nanti terus berkembang di seluruh negeri kerana saya tahu KUBSB Samarahan komited menjaga ahli-ahlinya dengan penganjuran pelbagai aktiviti untuk mereka,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Muda Pembangunan Belia (Bandar) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya mencadangkan agar KUBSB terus mengadakan aktiviti secara bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi bagi mempromosikan perniagaan mereka.

“Pasar malam memang popular jadi KUBSB harus mengadakan aktiviti sekurang-kurangnya seminggu sekali mungkin satu hari di sini, kemudiannya di Matang, Taman Sukma, Satok dan sebagainya.