![]() |
Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah memotong riben sambil dibantu isteri beliau Datin Zuraini Abdul Jabar ketika menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri di Kampung Sebandi Ulu. |
ASAJAYA: Masyarakat kampung mesti memberi penekanan yang tinggi keatas kesepakatan dikalangan semua ahli masyarakat sekiranya mahukan semua pelan pembangunan dapat dilaksanakan dengan jayanya.
![]() |
Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah memeriksa minuman yang disediakan oleh salah sebuah 'rumah' yang menyertai Pertandingan Memasak dan Keceriaan sempena Majlis Ramah Ramah Aidilfitri. |
Bahkan, tambah beliau lagi, kesepakatan dalam membawa pembangunan bukan sahaja tertumpu kepada dikalangan ahli-ahli masyarakat tetapi juga diantara ahli-ahli masyarakat dan pentadbir dalam kerajaan.
Abdul Karim yang juga merupakan wakil rakyat DUN Asajaya berkata walaupun secara amnya kesepakatan tidak menjadi satu isu yang besar di Kampung Sebandi Ulu memandangkan perpaduan dikalangan ahli-ahli masyarakat kampung agak tinggi tetapi masih ada lagi ruang untuk mengukuhkan perpaduan.
![]() |
Datin Zuraini Abdul Jabar bertanya tentang makanan yang disajikan semasa mengunjungi salah sebuah 'rumah' yang menyertai Pertandingan Memasak dan Kecerian. |
"Pada masa yang sama saya amat berharap semangat seperti ini dapat dilihat dalam kampung-kampung yang lain," ujarnya lagi.
Menteri Muda Perumahan dan Belia turut menyentuh mengenai pentingnya semangat kemerdekaan disemai dengan baik dalam sanubari semua rakyat Sarawak.