Showing posts with label MTUC. Show all posts
Showing posts with label MTUC. Show all posts

Saturday, 26 October 2013

Lihat pelaksanaan GST dari sudut positif


KUCHING: Lihat pelak­sanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dari sudut positif dan bukan semata-mata hendak mem­bantah.

Menteri Muda Perumahan Datuk Abdul Karim Rah­man Hamzah berkata, orang ramai akan lebih berhemah dalam berbelanja terutama ketika memilih barangan atau perkhidmatan bersifat kehendak dan keperluan.

“Saya percaya rakyat se­lepas satu ketika pelak­sanaan GST akan dapat menyesuaikan diri dengan kaedah percukaian baharu yang diperkenalkan kerajaan pada tahun 2015 kelak,” katanya ketika dihubungi susulan pembentangan Bajet 2014 semalam.

Abdul Karim berkata, pelaksanaan GST juga pada peringkat permulaan tid­ak membabitkan beberapa barangan dan perkhidmatan yang digunakan oleh keban­yakan orang.

Katanya, sudah tiba masa bagi Malaysia memperkenal­kan GST apabila kebanyakan negara di dunia termasuk yang maju telah lama melak­sanakannya.

“Ia bukan satu perkara baharu, malah ia telah cuba diperkenalkan kerajaan kira-kira 10 tahun sebelum ini.

“Ini adalah cara yang dikenal pasti kerajaan dapat mening­katkan keberkesanan sistem percukaian,” katanya.