![]() |
Abdul Karim menyampaikan ucapan penggulungan selepas 31 ahli Dewan membahaskan usul kementeriannya berhubung penubuhan Jawatankuasa Perundingan MA63 di DUN, hari ini. |
KUCHING: Semua Ahli Dewan Undangan Negeri termasuk pembangkang sebulat suara menyokong penubuhan Jawatankuasa Perundingan untuk menentukan dan bersetuju dengan perwakilan untuk dikemukakan kepada wakil-wakil Jawatankuasa Pemandu Semak Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Sokongan adalah maklum balas kepada penubuhan Jawatankuasa Pemandu Semak MA63 pada 5 September yang dipengerusikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Jawatankuasa tersebut disifatkan sebagai berat sebelah dengan hanya tiga wakil dari Sarawak.