KUCHING: Ada nada kesal diluahkan Ahli Majlis Tertinggi PBB Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah apabila kenyataan beliau sebelum ini disalah erti oleh Ketua Pemuda PRS Baleh Bakat Gira.
Menurut Karim, kenya-taan beliau sebelum ini tidak ada langsung menyebut tentang Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) kerana isu itu cuma layak dibincangkan di peringkat BN Negeri dan Pusat.
Beliau juga katanya, tidak ada menyebut tentang penubuhan TERAS dan kesannya boleh memecah-belahkan masyarakat Dayak.
Malah beliau enggan diseret ke dalam isu berkaitan pe-mimpin-pemimpin Dayak.
“Jika ketua Pemuda PRS Baleh ingin mengheret saya ke dalam perbincangan perpecahan di kalangan masya-rakat Dayak susulan penubuhan TERAS, saya ingin memaklumkan ia bukan niat saya ketika memberi kenya-taan sebelum ini,” katanya menerusi satu kenyataan semalam.
Karim yang juga Menteri Muda Pembangunan Belia berkata dalam kenyataan sebelum ini beliau cuma mempersoalkan mengapa PBB tidak disertakan dalam istilah ‘gabungan minda’.
Gabungan itu cuma membabitkan PRS, SUPP dan SPDP, sedangkan PBB juga merupakan sebuah parti komponen BN.