Ia untuk memastikan masa depan mereka tidak berakhir di pusat serenti atau penjara
KUCHING: Setiap belia sepatutnya diberi bimbi-ngan betul agar masa depan golongan terbabit tidak ber-akhir di pusat serenti atau penjara, kata Menteri Muda Belia Abdul Karim Rahman Hamzah.
Sehubungan itu, beliau berkata ibu bapa sebenarnya memikul tanggungjawab berat dengan memberi bim-bingan dan pendidikan terbaik bagi mencerahkan masa depan mereka.
“Kita tidak mahu masa depan belia berakhir di penjara atau pusat serenti.
“Apa yang perlu dilakukan sekarang adalah memberi bimbingan betul dan pendidikan terbaik kepada mereka,” katanya berucap pada Majlis Penutupan Program Innovating 4 Tomorrow di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) semalam.
Menurutnya, apabila sudah dimasukkan ke penjara atau pusat serenti maka ia akan merencatkan usaha seseorang belia untuk mencapai masa depan yang cerah.
“Rancangan untuk masa depan akan musnah apabila dimasukkan ke penjara atau pusat serenti,” ujarnya.
Beliau menjelaskan, belia merupakan aset penting yang bakal menjadi pemimpin yang akan menyambung legasi rancangan pembangunan negeri ini.