Showing posts with label Habari Bakar. Show all posts
Showing posts with label Habari Bakar. Show all posts

Saturday, 16 September 2017

CERTs hailed as rescue frontliners for the grassroots

September 16, 2017

ASAJAYA: Members of the Community Emergency Response Team (CERT), as the rescue frontliners at grassroots level, should have a sense of responsibility and commitment.

Minister of Tourism, Arts, Culture, Youth and Sports Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah said this at the launch of CERT for Asajaya state constituency at the sports complex here recently.

He said as the first rescue respondent during disasters, CERT is doing a voluntary service for the residents.

Tuesday, 13 September 2016

Arus pembangunan bantu pergiatkan ibadah Qurban

September 13, 2016

Sebahagian daripada penerima dan wakil kumpulan penerima daging kurban yang menghadiri majlis diperkarangan Pejabat Daerah Asajaya
ASAJAYA: Arus pembangunan yang melanda kawasan Asajaya telah banyak membawa nikmat dan faedah kepada masyarakat tempatan termasuk aspek perlaksanaan ibadah Qurban.

Menurut wakil rakyat Asajaya Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, di tahun-tahun 70-an, amat jarang sekali ibadah Qurban akan dilaksanakan secara berterusan dari tahun ke tahun di suatu tempat.

Beliau berkata ini disebabkan pada ketika itu keadaan ekonomi tidak mengizinkan ramai individu untuk berbuat sedemikian.

"Pada ketika ini ramai anggota masyarakat yang mahu memberi sumbangan untuk melaksanakan ibadah Qurban.

"Ini disebabkan keadaan ekonomi masa kini yang lebih baik daripada masa dahulu," katanya ketika berucap di Majlis Pengagihan Daging Qurban di Kampung Asajaya Laut petang tadi.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menyampaikan daging korban di Kampung Asajaya Laut.

Beliau seterusnya menjangka lebih ramai anggota masyarakat yang akan menghulur sumbangan untuk ibadah Qurban di masa hadapan.

Abdul Karim, yang juga merupakan Menteri Muda Belia dan Sukan, menegaskan pengertian korban bukan sahaja merujuk kepada ibadah Qurban yang dilakukan oleh masyarakat Islam setiap tahun.


Wednesday, 13 April 2016

Kerjasama semua untuk tangani najis dadah -Karim

April 13, 2016

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan para jemputan menunjukkan sokongan terhadap Skuad 1 Malaysia.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah bertanya
sesuatu kepada pegawai Kastam.
ASAJAYA: Kerjasama semua pihak amat diperlukan untuk menangani masalah najis dadah dalam masyarakat.

Pengerusi PEMADAM Negeri Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata pihak penguatkuasa tidak berupaya untuk membenteras masalah ini sekiranya pihak yang lain mengambil sikap lepas tangan.

Beliau berucap dalam Majlis Perasmian Program Iman : Sekolah Bebas Dadah di SMK Hajjah Laila Taib disini petang tadi.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan para hadirin menyaksikan demonstrasi mengesan dadah oleh anjing pengesan dadah.

Beliau selanjutnya menambah penganjuran program-program yang berusaha memberi kesedaran kepada anak-anak muda tentang bahaya najis dadah amat dialu-alukan kerana ia dapat membantu generasi muda mengelakkan diri daripada terjebak.

Abdul Karim berkata anak-anak muda adalah pewaris kepada kepimpinan yang sedia ada.

Para pelajar menyaksi demonstrasi mengesan dadah oleh anjing pengesan dadah.
Beliau menambah sekiranya tiada usaha untuk membantu mereka, dikhuatir mereka akan terpengaruh dengan budaya liar yang akhirnya akan merosakkan masa hadapan mereka.

Wednesday, 6 April 2016

Pemberian BR1M tanda keprihatinan kerajaan BN

April 06, 2016

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah membuat pemerhatian terhadap proses penyerahan baucer BR1M di Kompleks Sukan Asajaya.
Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah
menyampaikan baucer BR1M.
ASAJAYA: Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) disaat Sarawak menghampiri pilihanraya negeri tidak seharusnya dilihat sebagai satu umpan politik oleh Kerajaan Barisan Nasional.

Menteri Muda Pembangunan Belia (Bandar) Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata ia hanya suatu kebetulan sahaja memandangkan Kerajaan Barisan Nasional sentiasa memberi BR1M setiap tahun tanpa mengira sama ada pilihanraya akan diadakan ataupun tidak.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah beramah
mesra dengan salah seorang hadirin.
Beliau selanjutnya berkata komitmen Kerajaan Barisan Nasional dalam usaha membantu mengurangkan beban kewangan rakyat tidak dapat dipertikaikan kerana walaupun keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan, Kerajaan Barisan Nasional tetap meneruskan pemberian BR1M.

Abdul Karim, yang merupakan wakil rakyat DUN Asajaya, berkata sedemikian ketika berucap di Majlis Penyerahan BR1M Daerah Asajaya Tahun 2016 yang diadakan di Komplek Sukan Asajaya pagi tadi.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah membuat
pemerhatian terhadap proses penyerahan baucer
BR1M di Kompleks Sukan Asajaya.
Beliau menambah tidak banyak negara di dunia yang menghulur bantuan seperti BR1M kepada rakyat.

Beliau juga menegaskan pemberian BR1M diberikan kepada semua yang layak tanpa mengira sama ada penyokong Kerajaan Barisan Nasional ataupun pembangkang,

Beliau kemudiannya menasihati penerima BR1M agar menggunakan wang tersebut sebaik-baiknya.

Thursday, 29 October 2015

Tabung bencana malapetaka akan diwujudkan

Oktober 29, 2015

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah memberi kata-kata semangat kepada salah seorang mangsa kebakaran ketika menyampaikan sumbangan



ASAJAYA: Tabung bencana untuk membantu mangsa-mangsa malapetaka akan diwujudkan oleh Pejabat Daerah Asajaya.

Perkara ini dimaklumkan oleh Menteri Muda Pembangunan Belia (Bandar) Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dalam sesi perjumpaan dengan ahli keluarga mangsa kebakaran di Kampung Asajaya Ulu petang tadi.

Dalam insiden malang yang berlaku kira-kira pada jam 1150pm malam tadi, menyaksikan sembilan keluarga yang mendiami lima buah rumah telah terbabit dalam kebakaran.

Abdul Karim menjelaskan tabung tersebut bertujuan untuk mengumpul sumbangan orang ramai bagi membantu mangsa-mangsa malapetaka.

Menyentuh mengenai insiden kebakaran yang membabitkan lima buah rumah tersebut, beliau memberitahu Kerajaan Barisan Nasional, melalui pihak Pejabat Daerah Asajaya, akan berusaha untuk membantu mangsa-mangsa kebakaran termasuk membantu proses mendirikan semula rumah mangsa-mangsa.

Abdul Karim berkata walaupun pada hakikatnya bukan menjadi tanggungjawab kerajaan untuk membantu membina rumah, Kerajaan Barisan Nasional mengambil langkah pro-aktif dalam menangani perkara ini dengan berusaha untuk membantu semampu yang mungkin.

Di penghujung sesi perjumpaan itu, beliau menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa kebakaran.


Pendidikan adalah kunci kepada masa depan yang lebih baik

Oktober 29, 2015

ALBUM: Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah bersama-sama para jemputan majlis selepas selesai gimik perasmian Majlis Anugerah Kecemerlangan 2015


ASAJAYA: Pendidikan adalah kunci kepada masa depan yang lebih baik, kata Menteri Pembangunan Belia (Bandar) Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Dalam ucapannya di Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah Menengah Kebangsaan Hajjah Laila Taib 2015 pagi tadi, Abdul Karim berkata beliau amat prihatin dengan tahap pendidikan di kawasan Asajaya kerana beliau ingin melihat lebih ramai anak-anak Asajaya berjaya dalam kehidupan mereka.

“Saya pantau setiap sekolah di Asajaya.

"Sekiranya prestasi tidak baik yang berterusan, saya akan ambil langkah susulan untuk membantu memperbaiki situasi tersebut,” katanya.

Walau bagaimanapun, tambah beliau lagi, secara amnya prestasi sekolah-sekolah di kawasan Asajaya membanggakan dan boleh dipertingkatkan lagi.

Abdul Karim kemudiannya menyeru ibu bapa agar bersama-sama pihak sekolah dalam membantu memberi pendidikan kepada anak-anak mereka.

Beliau menegaskan pendekatan semasa pendidikan tidak lagi seperti di masa lalu yang hanya memberi fokus terhadap peranan guru untuk mendidik anak-anak di sekolah.

Monday, 10 August 2015

Sepakat membawa kesejahteraan

August 10, 2015

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah memotong riben sambil dibantu isteri beliau Datin Zuraini Abdul Jabar ketika menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri di Kampung Sebandi Ulu.


ASAJAYA: Masyarakat kampung mesti memberi penekanan yang tinggi keatas kesepakatan dikalangan semua ahli masyarakat sekiranya mahukan semua pelan pembangunan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah memeriksa
minuman yang disediakan oleh salah sebuah 'rumah'
yang menyertai Pertandingan Memasak dan
Keceriaan sempena Majlis Ramah Ramah Aidilfitri.
Menteri Muda Perumahan dan Belia Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dalam ucapan perasmian Majlis Ramah Tamah Aidilfitri di Kampung Sebandi Ulu pada Ahad malam menegaskan proses pembangunan adalah satu proses yang memerlukan perancangan yang berterusan.

Bahkan, tambah beliau lagi, kesepakatan dalam membawa pembangunan bukan sahaja tertumpu kepada dikalangan ahli-ahli masyarakat tetapi juga diantara ahli-ahli masyarakat dan pentadbir dalam kerajaan.

Abdul Karim yang juga merupakan wakil rakyat DUN Asajaya berkata walaupun secara amnya kesepakatan tidak menjadi satu isu yang besar di Kampung Sebandi Ulu memandangkan perpaduan dikalangan ahli-ahli masyarakat kampung agak tinggi tetapi masih ada lagi ruang untuk mengukuhkan perpaduan.

Datin Zuraini Abdul Jabar bertanya tentang
makanan yang disajikan semasa mengunjungi
salah sebuah 'rumah' yang menyertai
Pertandingan Memasak dan Kecerian.
Beliau menambah bukti kepada perpaduan yang tinggi dikalangan ahliahli masyarakat ialah Kampung Sebandi Ulu telah dipilih sebagai Kampung Cemerlang peringkat nasional pada tahun lepas.

"Pada masa yang sama saya amat berharap semangat seperti ini dapat dilihat dalam kampung-kampung yang lain," ujarnya lagi.

Menteri Muda Perumahan dan Belia turut menyentuh mengenai pentingnya semangat kemerdekaan disemai dengan baik dalam sanubari semua rakyat Sarawak.

Wednesday, 5 August 2015

Respect national anthem, flag — Abdul Karim

August 5, 2015 

Abdul Karim poses for a group photo with those involved in the launching of Samarahan/Asajaya district-level ‘Jalur Gemilang’ roadshow.

ASAJAYA: The national anthem and the national flag ‘Jalur Gemilang’ must be respected every time it is played or raised in public places.

This is because they reflect our national identity and sovereignty, Assistant Minister of Youth Development Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah said.

In fact, he added, everyone must stand still when the national anthem ‘Negara Ku’ is played and sing it together with full dedication and spirit of patriotism.

Likewise, he said further, when the Jalur Gemilang is raised everybody must respect it. He also reminded that the national flag must not be placed anywhere and should never be stepped on.

The Asajaya assemblyman said this in his speech before the launching of Samarahan/Asajaya district-level ‘Jalur Gemilang Roadshow’ themed ‘Explorasi Malaysia Sehati Sejiwa’ at Kampung Sebandi Ulu, here yesterday.

On the roadshow organised by state Information Department, Abdul Karim said it is to instil the spirit of patriotism among all Sarawakians.

“In Asajaya, the spirit of patriotism is very good and every year I felt it in every village here and I hope all our community leaders encourage their villagers to raise the national flag until September 16 – Malaysia Day.”

Thursday, 16 April 2015

‘Pemadam branches should have multi-racial committees’

April 16, 2015


ASAJAYA: Youth Assistant Minister Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah reckons that all Malaysian Drug Prevention Association (Pemadam) branches throughout the state should have multi-racial committee members.

At the opening of an annual general meeting for the Asajaya Pemadam branch at SMK Hajah Laila Taib (Asajaya II) yesterday, he said most communities in Sarawak are multi-racial to some extent.

“Drugs do not recognise race, religion or gender. We need to have multi-racial committee members so Pemadam would be more effective in its function in Sarawak at least,” he added.

Should there happen to be no multi-racial committee in any branch in Sarawak, Abdul Karim wants them to appoint “at least one or two” members from other races.

A multi-racial Pemadam unit will help as drug abusers would be more receptive to Pemadam members of their own race, he said.

Sarawak, according to Abdul Karim is unique in that no community in any area is really made up of one race only.

Meanwhile Asajaya Pemadam branch chairman Habari Bakar is looking forward to hold more activities, thanks to a RM10,000 pledge to the branch by Abdul Karim.