KUCHING: Anggota polis akan ditempatkan di sekitar Padang Merdeka sepanjang Program Karnival Belia ‘You Are The 1’ 2014 sebagai jaminan keselamatan kepada para pengunjung khasnya golongan belia.
Perkara itu ditegaskan Menteri Muda Pembangunan Belia, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah yang meminta agar anggota pasukan keselamatan itu tidak mengenakan pakaian seragam sewaktu menjalankan tugas mereka pada program itu kelak.
“Saya sendiri telah memberitahu mereka (pihak polis) bahawa saya tidak mahu melihat ramai dalam kala-ngannya mereka memakai baju seragam polis kerana ia akan menimbulkan rasa kurang senang kepada para pelawat.
“Lebih baik sekiranya mereka bergaul dengan orang ramai dan tidak perlu risau dengan keselamatan sewaktu berada di sana.
“Apatah lagi, sekiranya terdapat muzik, kita tidak boleh menghentikan golo-ngan belia daripada menjadi diri mereka sendiri. Mereka boleh menari,” ujarnya pada sidang media program berkenaan di pejabatnya, semalam.
Beliau berkata, tiada sebarang sekatan jalan raya dilakukan pada hari ber-kenaan, namun kemungkinan beberapa jalan akan ditutup sementara untuk memberi laluan bagi kedatangan tetamu kehormat negeri.
Majlis pembukaan program itu akan dirasmikan oleh Abdul Karim yang akan diiringi konvoi 100 kereta dan motosikal berkuasa besar dan persembahan daripada pemuzik Kementerian Pembangunan Sosial (KPS) dan ‘buskers.’