Showing posts with label Kawasan Rukun Tetangga (KRT). Show all posts
Showing posts with label Kawasan Rukun Tetangga (KRT). Show all posts

Saturday, 11 February 2017

Beri laluan kepada kepimpinan baru jika tidak aktif - Abdul Karim

February 11, 2017



KUCHING: Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menyeru kepimpinan persatuan ataupun pertubuhan yang tidak aktif agar memberi laluan kepada kepimpinan baru.

Beliau menegaskan untuk memegang tampuk kepimpinan, seorang pemimpin memerlukan minat dan visi.

"Jika sudah setahun (menjadi pemimpin), (tetapi) tidak dapat mengatur program, ia membawa maksud masanya sudah sampai untuk melepaskan jawatan untuk diberikan kepada orang yang lebih mampu," katanya ketika merasmikan Majlis Sanjungan Budi Kilauan Bakti di sebuah hotel petang tadi.

Majlis tersebut dianjurkan oleh Jabatan Perpaduan dan Kawasan Rukun Tetangga Bahagian Samarahan.

Beliau memuji komitmen yang ditunjukkan oleh kepimpinan Rukun Tetangga di Bahagian Samarahan yang aktif menjayakan aktiviti-aktiviti dikawasan masing-masing.

Sunday, 10 April 2016

Anjakan minda untuk terima perubahan

April 10, 2016



Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah
menyampaikan ucapannya.
ASAJAYA: Anjakan minda memerlukan permikiran terbuka yang bersedia untuk menerima pembaharuan.

Menteri Muda Pembangunan Belia (Bandar) Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata tanpa kesediaan untuk menerima perubahan, sukar untuk berada dalam posisi yang mampu membantu untuk mendapatkan faedah-faedah daripada perubahan yang berlaku dalam persekitaran.

Beliau selanjutnya berkata badan-badan bukan kerajaan (NGO) mampu memainkan peranan untuk membantu ahli-ahli masyarakat
Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah
menyampaikan hadiah kepada si cilik
mendakap perubahan melalui anjakan minda dengan mengadakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang bersesuaian.

"Kita tidak dapat statik ... (atau) tidak berubah kerana dunia disekeliling kita berubah.

"Apabila kita berada dalam satu kumpulan (NGO), kita boleh berbincang apa yang kita dapat buat untuk gerakkan masyarakat (ke tahap yang lebih tinggi)," kata Abdul Karim ketika merasmikan Majlis Pelancaran Kawasan Rukun Tetangga Asajaya Ulu
Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah
menyampaikan hadiah kepada si cilik
di Dewan Masyarakat Kampung Asajaya Ulu petang tadi.

Beliau bertegas alasan tinggal diluar bandar bukan satu alasan untuk mewajarkan masyarakat berpeluk tubuh tanpa melakukan sesuatu yang selari dengan angin perubahan yang melanda.

Beliau kemudiannya menyeru NGO-NGO dalam kampung-kampung di kawasan Asajaya agar sentiasa bekerjasama demi kesejahteraan masyarakat kampung.


Saturday, 12 March 2016

Galeri - Rondaan bersepadu di 3 SRS Daerah Asajaya

March 12, 2016

GIMIK: Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah memukul gong sebagai gimik permulaan rondaan. -Gambar sumbangan peserta
Ronda bersepadu di 3 Skim Rondaan Sukarela Daerah Asajaya - KRT Asajaya Laut, KRT Sampun Gerunggang dan KRT Pasar Asajaya, turut menyaksikan penyertaan Datuk Karim Rahman Hamzah, Ketua Polis Daerah Samarahan DSP Lee Chung Chern dan Pegawai Perpaduan Bahagian Samarahan Suzana Busalam pada Jumaat malam semalam. -@ybkarimsays

SEDIA BERKHIDMAT: Sebahagian daripada para peserta rondaan bersepadu SRS. - Gambar sumbangan peserta

Sunday, 28 December 2014

KRT plays effective role in uniting the people, says Karim

December 28, 2014


ASAJAYA: The National Integration and Unity Department plays an effective role in uniting the various communities in the state, says Social Development (Youth) Assistant Minister Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

“The setting up of Kawasan Rukun Tetangga (KRT) in the rural areas is a vital means of enhancing relationship and cooperation among the various ethnicities. 

“From what I observe, the department, through the KRT, has taken a positive step towards creating communties that are united in all aspects,” he said.

Karim said this while officiating at the Kampung Bangka Semong KRT Carnival yesterday, held in conjunction with its third anniversary celebration. 

KRTs established by village committees, he said, would always strive towards building viable and safe villages through its various actitivities. 

“We hope this effort of the KRT can continue inorder to strengthen solidairty among the people,” he said. 

The state assemblyman for Asajaya also wanted the 11 KRT in his constituency to remain active by organising suitable programmes and activities for all ages.