Showing posts with label PPKS. Show all posts
Showing posts with label PPKS. Show all posts

Friday, 30 March 2012

Tiada sekatan dana jika persatuan berdaftar, aktif: Abdul Karim


KUCHING: Wakil-wakil rakyat atau menteri tidak akan menyekat penyaluran dana kepada mana-mana persatuan untuk menjalankan aktiviti asalkan ia berdaftar dan aktif, kata Menteri Muda Perumahan Abdul Karim Rahman Hamzah.

“Bagi persatuan yang berdaftar dan merekodkan aktiviti setiap tahun, kita (menteri dan wakil rakyat) pasti akan meluluskan dana yang dipohon.

“Kita tidak boleh menyekatnya kerana peruntukan yang disalurkan kepada kita juga adalah untuk mereka (persatuan),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meras-mikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-40 Persatuan Pesara Kerajaan Sarawak (PPKS), di sini semalam.

Bagaimanapun, jelas Karim yang juga Menteri Muda Pembangunan Belia, apa yang dikesali ialah jika berlaku penyelewengan dana oleh pemegang amanah sesebuah persatuan.

Justeru, beliau menegaskan, jika didapati berlaku perilaku sedemikian, tindakan tegas pasti akan diambil.

“Kalau berlaku penyelewengan, kita akan berasa amat kecewa dan sedih kera-na mereka yang memegang amanah dalam persatuan ini haruslah mempunyai keju-juran,” kata Karim yang mengulas laporan penyelewengan dana oleh pengerusi salah sebuah persatuan kebajikan di sini.