Showing posts with label Pemanca Francis Toh. Show all posts
Showing posts with label Pemanca Francis Toh. Show all posts

Sunday, 29 July 2012

Kementerian cari jalan stabilkan harga rumah di Bintulu


BINTULU: Kementerian Perumahan akan memantau dan mengenal pasti pendekatan yang boleh diambil untuk menstabilkan harga rumah di Bahagian Bintulu sekali gus meng-elakkannya daripada terus me-ningkat.

Menteri Muda Pembangunan Belia (Bandar) dan Menteri Muda Perumahan, Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, hakikatnya purata harga rumah dan sewa rumah di Bintulu adalah paling tinggi berban-ding bandar-bandar utama lain seperti Kuching, Miri dan Sibu.

Katanya, terdapat pro dan kontra mengenai harga tersebut, namun kenaikan itu berpunca daripada beberapa sebab, antaranya pembangunan pesat bandar Bintulu sendiri dan pusat bagi pelaksanaan projek-projek Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).

“Daripada sebuah kampung nelayan terpencil, Bintulu seperti apa yang dapat dilihat hari ini menjadi bandar yang sangat pantas membangun di Sarawak,” ujarnya semasa me-rasmikan Jerayawara Perumahan dan Hartanah Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) di Hotel Parkcity Everly sema-lam. Jerayawara akan berakhir hari ini.

Abdul Karim berkata, pembangunan Bintulu amat pesat, justeru permintaan pasaran rumah turut meningkat.

“Ada pemaju tidak gembira dengan keadaan itu (pengurangan harga rumah), namun begitu di samping membina rumah yang lebih baik, pemaju juga perlu sedar mengenai tanggungjawab mereka kepada masyarakat dengan membina rumah yang mampu dimiliki,” katanya.

Beliau berkata, pemaju perlu melaksanakan lebih banyak program bagi memastikan penduduk mampu memiliki rumah yang lebih baik.