CUBA TUNGGANG: Karim (duduk atas motosikal) bersama tetamu kehormat lain selepas menyaksikan pertunjukan penunggang aksi profesional, Aaron Twite di City One Megamall, semalam. |
‘Kuching International Bike Week 2015’ himpunkan penunggang luar negara dan Borneo pada 3-6 Sept
KUCHING: Lebih 1,000 penunggang motosikal berkuasa tinggi dari luar negara dan Kepulauan Borneo akan berkampung di bandar raya ini sempena ‘Kuching International Bike Week 2015’ yang akan berlangsung pada 3 hingga 6 September ini.
Menteri Muda Pembangunan Belia (Bandar) Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata pelbagai aktiviti akan dijalankan sepanjang acara berkenaan berlangsung.
“Orang ramai dialu-alukan mengunjungi Kuching International Bike Week 2015 yang akan diadakan di pusat beli-belah City One Megamall,” katanya pada sidang media ‘Kuching International Bike Week 2015’ di City One Megamall di sini, semalam.