Showing posts with label Haidel Heli. Show all posts
Showing posts with label Haidel Heli. Show all posts

Saturday, 4 October 2014

Syabas pasukan Samarahan

October 4, 2014

GEMBIRA: Aidel (barisan belakang tiga kanan), Abdullah, Abdul Karim dan Haidel meraikan kejayaan pasukan Samarahan menjuarai Piala Sarawak 2014 bersama jurulatih dan pemain-pemain.
KUCHING: Penaung Per-satuan Bola Sepak Samara-han (PBBS), Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah melahirkan rasa bangga dengan kejayaan pasukan Samarahan menjuarai Piala Sarawak 2014.

Beliau yang juga Menteri Muda Pembangunan Belia (Bandar) berkata, penan-tian selama enam tahun untuk mengecapi semula trofi berprestij itu menjadi realiti berkat kegigihan serta komitmen persatuan, juru-latih dan pemain-pemain sendiri.

“Saya berharap kejuaraan Piala Sarawak terus kekal di Samarahan pada kejohanan akan datang,” katanya pada majlis meraikan kejayaan pasukan itu di sini malam kelmarin.

“Jika kita fokus, tiada apa yang dapat menghalang kita untuk terus mencapai ke-jayaan,” tambahnya.

Abdul Karim yang juga Ahli Dewan Undangan Neg-eri (ADUN) Asajaya berkata, kejayaan itu turut dikongsi semua warga Samarahan yang amat mengharapkan pasukan itu dapat mengem-balikan zaman kegemilangan seperti yang pernah mereka kecapi dahulu.

Tambahnya, pemain-pe-main harus mengekalkan keyakinan dan semangat perjuangan tinggi agar ke-juaraan terus berada dalam genggaman mereka sampai bila-bila.

Pada majlis sama, jurulatih dan pemain-pemain meneri-ma habuan insentif keme-nangan yang disampaikan oleh Abdul Karim.

Sunday, 8 December 2013

Karim puji kerjasama FAS-Isuzu


KERJASAMA: (Dari kiri) Junaidy, David, Abdul Karim, Sudarsono dan Abu Bakar menunjukkan isyarat bagus pada majlis perjanjian penajaan FAS dan Isuzu Malaysia di Dewan Masyarakat MBKS, Kuching semalam.
KUCHING: Menteri Muda Belia Datuk Abdul Karim Rahman Ham­zah memuji ini­siatif FAS dan Isuzu Malaysia bekerjasama menganjurkan Kejohanan Bola Sepak Piala Isuzu-FAS Bawah 19 Tahun Sarawak.

Kejohanan tersebut akan berlangsung pada 15 hingga 22 Disember ini.

Karim, yang juga penasihat Persatuan Bolasepak Bahagian Samarahan, ber­harap kerjasama diantara FAS dan Isuzu Malaysia dapat mengembangkan mutu bola sepak negeri ini.

Manakala Pengurus Kanan Jualan Kenderaan Isuzu Malaysia, Junaidy Sulaiman berkata kerjasama menganjurkan kejohanan belia ada satu penghormatan kepada Isuzu Malaysia.

“Bola sepak adalah sukan yang popular. Ia satu peng­hormatan buat Isuzu kerana berpeluang membantu FAS dalam usahanya melahir­kan bakat-bakat baharu dan menggalakkan lebih ramai remaja melibatkan diri dalam tersebut.” 

Menurutnya, ini adalah kali pertama Isuzu Malay­sia terlibat dalam penajaan bola sepak dan berbesar hati kerana dapat menyumbang kepada pembangunan sukan tersebut di Sarawak.

Sementara itu, Presiden FAS Datu Sudarsono Osman berkata beliau berharap ker­jasama dengan Isuzu Malaysia dapat diteruskan pada masa akan datang.

Saturday, 4 May 2013

Gelanggang cungkil bakat pemain


USAHA mencungkil bakat pemain perlu bermula di peringkat akar umbi. 

Pendekatan tersebut amat bersesuaian sebagai jejantas kearah memperkasa program pembangunan sukan bola sepak setempat. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.14 Asajaya, Haji Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, langkah yang tepat dilaksanakan Persatuan Bola Sepak Bahagian Samarahan (PBBS) menerusi satu lagi acara berprestij Kejohanan Bola Sepak Juara-Juara Piala Eastdeal Samarahan 2013 yang melabuhkan tirainya di Padang Bola sepak Kampung Sambir, Asajaya hujung minggu lalu.

Menurut Karim, beliau dapat melihat hasilnya menerusi aktiviti yang merupakan salah satu kejohanan teras dalam kalendar badan induk berkenaan (PBBS) musim ini dengan kebanjiran ramai pemain berbakat.

Sekali gus akan memberi ruang mahupun peluang kepada pemain terlibat dalam mengetengahkan bakat yang ada. “ Satu pujian harus diberikan kepada PBBS atas usaha murni mereka mengelolakan kejohanan tersebut yang secara tidak langsung dapat membuka peluang kepada pemain terlibat untuk terus mengetengahkan bakat mereka,” kata Karim dalam ucapan ringkasnya. 

Beliau sesudah itu diberi penghormatan menyempurnakan majlis penutupan rasmi kejohanan terbabit.

Hadir sama pada majlis tersebut Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Haji Mohamad Abu Bakar Marzuki, Setiausaha Agung FAS, Abdullah Julaihi, Presiden dan Timbalan Presiden Persatuan Bola sepak Bahagian Kuching (PBBS), Ir Haidel Heli dan Ir Haji Ismawi Muhammad, Pemangku Pegawai Daerah Asajaya, Zulkifli Yusuf, Setiausaha Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan N.14 Asajaya, Encik Buang Bolhassan, Ketua Pemuda PBB Ranting Kampung Tanjung Parang, Haji Mohd. Iskana Bujang, Penasihat Dewan Usahawan Bumpiutera Sarawak (DUBS) Cawangan Samarahan, Abang Ideris Abang Haji Jamali serta ketua-ketua masyarakat mewakili kampung sekitar kawasan terbabit.

Dalam pada itu, Karim berharap kejohanan terbabit dapat diteruskan pelaksanaannya pada masa akan datang kerana yakin dapat menjadikan daerah kecil Asajaya sebagai penyumbang kelahiran pemain bola sepak berprestasi tinggi. 

Tuesday, 30 April 2013

Perubahan pesat hasil usaha kerajaan BN


ASAJAYA: Perubahan persekitaran hasil kepesatan pembangunan yang dibawa oleh kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) ketika ini tidak seharusnya diperdebatkan lagi. 

Justeru, dalam konteks yang sama masyarakat sudah boleh menilai sendiri betapa besar sumbangan yang diberikan oleh kerajaan, sekali gus sedar akan kemasukan pelbagai isu yang dibawa pihak pembangkang semata-mata mahu mengelirukan fikiran mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.14 Asajaya, Haji Abdul Karim Rahman Hamzah mengingatkan kepada masyarakat madani hari ini bahawa transformasi dilalui negara dengan kepesatan pembangunan segenap ceruk rantau adalah hasil kebijaksanaan pemerintahan kerajaan (BN) selama ini.

“Tidak perlu dipersoalkan lagi ketika ini dan tiada kerajaan lain yang mampu memimpin serta memberi selain menyedikan kemudahan untuk pembangunan setempat negeri ini selain Barisan Nasional (BN). 

“Oleh yang demikian, adapun isu yang cuba diselitkan pihak pembangkang ketika ini semata-mata mahu meraih simpati dalam usaha mereka memecahbelahkan perpaduan yang telah lama terbentuk,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutupan Kejohanan Bola Sepak Juara-Juara Piala Eastdeal Samarahan 2013 di Kampung Sambir, Asajaya semalam.

Hadir sama pada majlis tersebut Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Haji Mohamad Abu Bakar Marzuki, Setiausaha Agung FAS, Abdullah Julaihi, Presiden dan Timbalan Presiden Persatuan Bola sepak Bahagian Kuching (PBBS), Ir Haidel Heli dan Ir Haji Ismawi Muhammad, Pemangku Pegawai Daerah Asajaya, Zulkifli Yusuf, Setiausaha Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan N.14 Asajaya, Encik Buang Bolhassan, Haji Mohd. Iskana Bujang, Abang Ideris Abang Haji Jamali serta ketuaketua masyarakat mewakili kampung sekitar kawasan terbabit. 

Team Boss julang Piala Eastdeal Samarahan

April 30, 2013

RAI KEJUARAAN: Abdullah, Zulkifli, Abdul Karim dan Haidel bersama-sama 
dengan penduduk Kampung Sambir meraikan kemenangan Team Boss di 
Kampung Sambir, Ahad lalu.

KUCHING: Pasukan handalan dari Sambir, Team Boss menjulang Piala Eastdeal Samarahan 2013 selepas menundukkan wakil dari Serian, KBLH Gedong dengan 1-0 pada perlawanan akhir di Padang Bola Sepak Kampung Sambir, Asajaya kelmarin (Ahad).

Gol pasukan tuan rumah dijaringkan oleh penjaring terbanyak kejohanan, Yusri Hafizan Wahap pada minit ke-35 pada separuh masa kedua.

Kejayaan itu memastikan skuad bimbingan Jalek Japar meraih hadiah lumayan wang tunai berjumlah RM3,000 berserta piala dan pingat.

Manakala KBLH Gedong yang turut menampilkan aksi cemerlang pada saingan suku dan separuh akhir menerima RM1,500 berserta piala dan pingat.

Tempat ketiga pula milik KPRS Empila setelah mereka berjaya menewaskan Kanda FC dengan 2-0.

Empila membawa pulang RM750, piala dan pingat manakala Kanda FC meraih RM400, piala dan pingat.

“Syabas kepada semua pemain kerana telah menunjukkan dedikasi serta komitmen tinggi sepanjang saingan untuk muncul juara,” kata Jalek ditemui selepas perlawanan.

Sambir kalahkan Serian untuk julang Piala Eastdeal Samarahan

April 30, 2013

RAI KEJUARAAN: Abdullah, Zulkifli, Abdul Karim dan Haidel bersama-sama dengan penduduk Kampung Sambir meraikan kemenangan Team Boss di Kampung Sambir, Ahad lalu.
KUCHING: Pasukan handalan dari Sambir, Team Boss menjulang Piala Eastdeal Samarahan 2013 selepas menundukkan wakil dari Serian, KBLH Gedong dengan 1-0 pada perlawanan akhir di Padang Bola Sepak Kampung Sambir, Asajaya kelmarin (Ahad).

Gol pasukan tuan rumah dijaringkan oleh penjaring terbanyak kejohanan, Yusri Hafizan Wahap pada minit ke-35 pada separuh masa kedua.

Kejayaan itu memastikan skuad bimbingan Jalek Japar meraih hadiah lumayan wang tunai berjumlah RM3,000 berserta piala dan pingat.

Manakala KBLH Gedong yang turut menampilkan aksi cemerlang pada saingan suku dan separuh akhir menerima RM1,500 berserta piala dan pingat.

Tempat ketiga pula milik KPRS Empila setelah mereka berjaya menewaskan Kanda FC dengan 2-0.

Empila membawa pulang RM750, piala dan pingat manakala Kanda FC meraih RM400, piala dan pingat.

“Syabas kepada semua pemain kerana telah menunjukkan dedikasi serta komitmen tinggi sepanjang saingan untuk muncul juara,” kata Jalek ditemui selepas perlawanan.

Tuesday, 26 March 2013

Galeri: Kickalob julang Piala Sumbangsih

March 26, 2013

JUARA ... Barisan pemain Team Kickalob K2105 bersama Abdul Karim Rahman Hamzah (dua dari kiri),
Presiden PBBS, Ir Haidel Heli (kiri sekali). • Foto FAIZAL BUJANG

Monday, 25 March 2013

Team Kickalob K2105 rangkul Piala Sumbangsih

March 25, 2013

CABARAN BERMULA: (Dari kiri) Haidel, Abdul Karim, Julaihi, Ismawi dan Razali bersama-sama meraikan kemenangan Team Kickalob K2105 yang merangkul Piala Sumbangsih sekali gus merasmikan pembukaan Liga Samarahan-Naim 2013.

Wednesday, 13 February 2013

Galeri: Juara Ocean Eagle (Serpan Warriors)

February 13, 2013

KAMI JUARA... Barisan pemain skuad Ocean Eagle meraikan detik kejuaraan bersama Abdul Karim Rahman
Hamzah dan Ir Haidel Heli (tengah).– Foto FAIZAL BUJANG.
  

Tuesday, 12 February 2013

Galeri: Ocean Eagle is U19 PBBS League 2013 champs

February 12, 2013

Haji Abdul Karim Hamzah in a group photo with the winners of the Samarahan Division Football Association
(PBBS) U19 League.

Friday, 28 September 2012

Samarahan pilihan juara Piala Sarawak 2012

September 28, 2012

UNTUK PBBS: Abdul Karim (tiga kiri) menyampaikan sumbangan kepada Haidel sambil diperhatikan oleh Aidel (dua kiri).
KUCHING: Dua puluh lima pemain bola sepak Samarahan bakal menggalas cabaran getir dalam misi menjulang Piala Sarawak 2012 apabila kejohanan berprestij tersebut bermula Isnin depan di Miri.

Pasukan yang dibimbing oleh Awang Jobli Awang Bidin dan dibantu bekas pe­main Sarawak Ideris Untong pastinya mahu mengulangi kejayaan yang pernah dicapai pada 2008.

Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Samarahan (PBBS), Haidel Heli berkata pasukannya lebih mantap kali ini dengan dibarisi hampir separuh muka-muka baru yang dipilih dari beberapa bahagian negeri.

“Saya meletakkan harapan yang tinggi terhadap pasukan ini untuk muncul juara Piala Sarawak 2012 dan ia pasti ter­capai sekiranya semua pemain memberikan komitmen serta persembahan yang berkuali­ti,” katanya.

“Kita telah mengharungi banyak latihan intensif serta beberapa siri perlawanan persahabatan untuk meman­tapkan pasukan. Justeru, tidak mustahil Samarahan muncul juara pada edisi kali ini.”

Beliau berkata demikian semasa majlis makan malam bersama pasukan yang turut dihadiri oleh Menteri Muda Pembangunan Belia, Abdul Karim Rahman Hamzah, ADUN Sadong Jaya, Aidel Lariwoo, Residen Bahagian Samarahan Ismail Hasni, Kapten Kelab Golf Sarawak (KGS) Abdul Jalil Abdul Rah­man dan Timbalan Presiden PBBS Ismawi Muhammad kelmarin.

Menurutnya lagi, Samara­han adalah pasukan pilihan untuk muncul setelah kehad­iran semula jurulatih Awang Jobli yang pernah membawa pasukan tersebut menjadi juara pada edisi 2008.


Wednesday, 21 September 2011

Abdul Karim bangga Piala Perpaduan capai matlamat

September 21, 2011

JUARA: Abdul Karim (dua kiri) menyampaikan piala juara kepada ketua pasukan Kaslo FC sambil disaksikan Zawawi (kiri), Haidel dan Buang (belakang) di Kampung Sambir, Asajaya.
ASAJAYA: Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri, Abdul Karim Rahman Hamzah melahirkan rasa bangga dengan penganjuran kejohanan tertua, Piala Perpaduan Sambir yang telah mencapai matlamatnya untuk menyatupadukan rakyat.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya ternyata kagum dengan penganjuran kejohanan itu yang kini sudah mencecah edisi ke-45.

“Saya amat gembira dengan kejayaan pihak penganjur kejohanan Piala Perpaduan Sambir yang menjadikan acara sukan itu berprestij diadakan setiap tahun,” katanya berucap merasmikan penutupan kejohanan itu di sini Ahad lalu.

Hadir sama Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) Haidel Heli, Setiausaha Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Asajaya Buang Bolhassan dan pengerusi penganjur, Zawawi Keri.

Kejohanan berkenaan pada mulanya dinamakan Piala Ekspress Sambir ditukarkan kepada Piala Ketua Menteri dan kemudiannya ditukar kini sebagai Piala Abdul Karim.

Abdul Karim berkata kejohanan itu bukan sahaja menjadi medan bagi menyatupadukan penduduk, malah sebagai gelanggang melahirkan pemain-pemain bola sepak berbakat di peringkat akar umbi.

Menurutnya, kejohanan Piala Perpaduan Sambir juga sinonim dengan memeriahkan sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri kerana dianjurkan selepas Hari Raya terbabit.