Showing posts with label Kawasan Rukun Tetangga. Show all posts
Showing posts with label Kawasan Rukun Tetangga. Show all posts

Sunday, 27 September 2015

Buang yang keruh, ambil yang jernih - Abdul Karim

September 26, 2015

KEBANGGAAN KRT SERPAN: Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menyampaikan sijil anugerah Ikon Perpaduan KRT Serpan kepada Tuan Haji Bujang Haji Limin


Seorang gadis menyemat bunga di baju Datuk
Abdul Karim Rahman Hamzah
ASAJAYA: Sikap berpuak-puak harus diatasi dengan toleransi yang tinggi bagi memberi laluan kepada kewujudan dan pengukuhan perpaduan dalam masyarakat.

Menurut Menteri Muda Pembangunan Belia (Bandar) Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, sikap berpuak-puak cenderung untuk menimbulkan kekeruhan dalam masyarakat kerana keperluan untuk mewujudkan dan mengekalkan hubungan yang baik bukan lagi menjadi keutamaan.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah bersalam
dengan penduduk kampung
Beliau berkata, bagi sesuatu peristiwa yang sudah berlalu, biarkanlah ia berada dalam lipatan sejarah tanpa ada usaha untuk mengungkit-ungkit peristiwa tersebut dengan tujuan untuk menimbulkan kekeruhan dalam masyarakat.

Perkara yang "tidak bagus, tak usahlah diperbesar-besarkan."

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah bersalam
dengan penduduk kampung
"Beri tumpuan kepada masa hadapan" seperti perancangan ekonomi dan pendidikan, ujar beliau lagi ketika merasmikan Program Pelancaran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Serpan Laut dan Majlis Ramah Mesra Aidiladha 2015 di Kampung Serpan Laut malam tadi.

Abdul Karim kemudiannya berkata beliau amat yakin KRT Serpan Laut mampu untuk membawa Kampung Serpan Laut melangkah jauh memandangkan ada ramai pemimpin yang berkebolehan dalam kampung.

Selepas merasmikan pelancaran KRT Serpan Laut, Abdul Karim kemudiannya menyampaikan anugerah Ikon Perpaduan Serpan Laut kepada Haji Bujang Haji Limin.

Sunday, 12 April 2015

Galeri: Program Jiranku Keluargaku - Peringkat Daerah Asajaya

Program ini telah diadakan di KRT Asajaya Laut pada April 12, 2015. 

Dalam program tersebut beberapa pertandingan telah diadakan untuk mengeratkan hubungan silaturahim dikalangan ahli-ahli KRT Daerah Asajaya.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah bersedia untuk meniup wisel bagi memulakan pertandingan tarik tali.

Sunday, 28 December 2014

KRT provides security and unity, says Karim

TUG-OF-WAR: Abdul Karim watching preparation for the sporting event.
ASAJAYA: Youth Assistant Minister Abdul Karim Rahman Hamzah praised  Kampung Bangka Semong Neighbourhood Watch Committee (KRT) for promoting unity among the villagers.

He was in the village to officiate 3rd anniversary celebration of Kampung Bang Semong's neighbourhood watch committee yesterday.

He said although many regarded  KRT as merely a vehicle to provide security in a community, such perception was incomplete because it also provided a platform for all members of a community to promote unity.

He pointed out that since security could only be existed if all members of a community work together regardless of their races, the neighbourhood watch commitee was actually a very good platform to establish security and unity simultaneously.

He subsequently expressed his hope that more activities would be organised by the KRT. -Admin