Showing posts with label Ordinan Perlombongan Minyak Sarawak 1958 (OMO. Show all posts
Showing posts with label Ordinan Perlombongan Minyak Sarawak 1958 (OMO. Show all posts

Monday, 25 June 2018

Kerajaan Sarawak tak perlu fail kes, Petronas yang patut ke mahkamah


ERAT SILATURAHIM: Abdul Karim (dua kanan) bergambar dengan Chong (kanan), ADUN Pending, Violet Yong (dua kiri) dan bekas Ahli Parlimen Stampin, Julian tan (kiri) yang mengunjungi Majlis Rumah Terbuka Aidilfitrinya di PCC, Demak Laut semalam.
KUCHING: Kerajaan Sarawak tidak perlu memfailkan kes di Mahkamah Tinggi untuk menuntut hak ke atas minyak dan gas di negeri ini, kata Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Sebaliknya, Abdul Karim yang juga mempunyai latar belakang sebagai peguam berkata, Petroliam National Berhad (Petronas) yang perlu berbuat demikian.

Jelas beliau, ini kerana kerajaan negeri mempunyai undang-undang khas yang terpakai iaitu Ordinan Perlombongan Minyak Sarawak 1958 (OMO), di mana bagi Petronas, undang-undang itu adalah tidak terpakai.