Showing posts with label Hasna Jamali. Show all posts
Showing posts with label Hasna Jamali. Show all posts

Monday, 10 August 2015

Sepakat membawa kesejahteraan

August 10, 2015

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah memotong riben sambil dibantu isteri beliau Datin Zuraini Abdul Jabar ketika menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri di Kampung Sebandi Ulu.


ASAJAYA: Masyarakat kampung mesti memberi penekanan yang tinggi keatas kesepakatan dikalangan semua ahli masyarakat sekiranya mahukan semua pelan pembangunan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah memeriksa
minuman yang disediakan oleh salah sebuah 'rumah'
yang menyertai Pertandingan Memasak dan
Keceriaan sempena Majlis Ramah Ramah Aidilfitri.
Menteri Muda Perumahan dan Belia Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dalam ucapan perasmian Majlis Ramah Tamah Aidilfitri di Kampung Sebandi Ulu pada Ahad malam menegaskan proses pembangunan adalah satu proses yang memerlukan perancangan yang berterusan.

Bahkan, tambah beliau lagi, kesepakatan dalam membawa pembangunan bukan sahaja tertumpu kepada dikalangan ahli-ahli masyarakat tetapi juga diantara ahli-ahli masyarakat dan pentadbir dalam kerajaan.

Abdul Karim yang juga merupakan wakil rakyat DUN Asajaya berkata walaupun secara amnya kesepakatan tidak menjadi satu isu yang besar di Kampung Sebandi Ulu memandangkan perpaduan dikalangan ahli-ahli masyarakat kampung agak tinggi tetapi masih ada lagi ruang untuk mengukuhkan perpaduan.

Datin Zuraini Abdul Jabar bertanya tentang
makanan yang disajikan semasa mengunjungi
salah sebuah 'rumah' yang menyertai
Pertandingan Memasak dan Kecerian.
Beliau menambah bukti kepada perpaduan yang tinggi dikalangan ahliahli masyarakat ialah Kampung Sebandi Ulu telah dipilih sebagai Kampung Cemerlang peringkat nasional pada tahun lepas.

"Pada masa yang sama saya amat berharap semangat seperti ini dapat dilihat dalam kampung-kampung yang lain," ujarnya lagi.

Menteri Muda Perumahan dan Belia turut menyentuh mengenai pentingnya semangat kemerdekaan disemai dengan baik dalam sanubari semua rakyat Sarawak.