![]() |
JOM SERTAI KAMI: Abdul Karim (empat kiri) ditemani (dari tiga kiri) Abdul Wahab dan Sharzede serta tetamu kehormat lain memperkenalkan Tiga Festival Satu Destinasi Sarawak. |
KUCHING: Sarawak menjadi destinasi penganjuran tiga festival muzik antarabangsa yang akan berlangsung pada Julai tahun ini dengan menawarkan pakej dan harga tiket istimewa.
Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ia buat julung kalinya tawaran kepada pencinta muzik di seluruh dunia.
Tiga festival antarabangsa itu, Festival Muzik Hutan Hujan Dunia (RWMF2019) Ke-22, Festival ‘Borneo Jazz Music 2019 Ke-14 dan Rainforest Fringe Festival.