Showing posts with label Abdul Haris Ishak. Show all posts
Showing posts with label Abdul Haris Ishak. Show all posts

Saturday, 18 March 2017

Lima bahagian Sarawak dipilih lokasi Larian Obor Sukan SEA

May 18, 2017

LARIAN OBOR: Karim (tengah) mempengerusikan sidang media bersama Snowdan (kiri) dan Abdul Haris di Bangunan Baitulmakmur semalam.
KUCHING: Sebanyak lima bahagian negeri ini dipilih sebagai lokasi Larian Obor Sukan SEA Ke-29 dan Sukan Para Asean Ke-9 2017 Peringkat Negeri Sarawak yang akan bermula dari 8 hingga 13 Jun.

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata acara ikonik itu akan bermula dari utara negeri iaitu di Lawas, Limbang pada 8 Jun melibatkan larian sejauh 7km.

Ia kemudian diterbangkan ke Mulu, Miri pada 10 Jun melibatkan larian sejauh 5km dan diteruskan keesokan harinya (11 Jun) di Sekuau, Sibu sejauh 8km.

Monday, 24 October 2016

K’jaan sedia aktiviti bermanfaat bentuk pemimpin berkaliber

October 24, 2016

Datuk Abdul Karim Rahman Hambar bergambar bersama-sama dengan para penerima sijil. Turut kelihatan ialah Abdul Haris.
KUCHING: Sudah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyediakan aktiviti bermanfaat kepada golongan belia demi membentuk pemimpin masa depan yang berkaliber.

Menteri Muda Pembangunan Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ia penting dalam memastikan golongan belia tidak terjerumus dalam aktiviti negatif dan masalah sosial.

“Sebab itulah menjadi satu tanggjungjawab kerajaan baik di peringkat pusat mahupun negeri melalui agensi dan jabatan berkaitan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk sentiasa membimbing anak-anak muda ke arah yang betul.

“Justeru, kita perlu mengawasi setiap aktiviti mereka dan mengaturkan program tertentu untuk belia kita agar mereka ini sentiasa berada di landasan yang lebih baik,” katanya.

Berselfie selepas tamat majlis.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pentauliahan Pingat Gangsa dan Perak Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda dan Majlis Penghargaan Projek Angkat dan Upaya di Dewan Serba Guna Kompleks Jabatan Belia dan Sukan Negeri di sini malam kelmarin.

Abdul Karim memberitahu, sekiranya tanggungjawab itu diabaikan maka ia menjadi satu kesalahan dan kegagalan dalam membentuk pemimpin masa depan yang berkualiti.

Sebahagian daripada para peserta bergambar untuk kenang-kenangan.

“Kita harus menganggap bahawa kita adalah ibu bapa anak-anak muda itu sendiri supaya kita melakukan tanggungjawab ini dengan sepenuhnya,” tambahnya.

Saturday, 20 August 2016

Sarawak sasar 534,000 peserta jayakan HSN pada 8 Oktober

August 20, 2016

JOM SERTAI: Karim (tengah) pada sidang media bersama Abdul Haris (kanan) dan Kameri.

KUCHING: Sarawak men­yasarkan seramai 534,000 peserta mengambil bahagian pada edisi kedua Hari Sukan Negara (HSN) yang akan di­adakan serentak di seluruh ne­gara pada 8 Oktober depan.

Sehubungan itu, Menteri Muda Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Ham­zah menyeru masyarakat pelbagai lapisan di seluruh negeri keluar memeriahkan hari tersebut dengan meny­ertai pelbagai aktiviti sukan yang diadakan di kawasan masing-masing kelak.

Menurut Karim, antara aktiv­iti yang disediakan seperti ‘fun ride,’ ‘fun run,’ Zumba, sen­amrobik, seni mempertahankan diri, program rekreasi, gerai jualan peralatan sukan, cabutan bertuah dan banyak lagi.

“Kita menyasarkan sejum­lah 534,000 peserta untuk mengambil bahagian pada HSN kali ini berbanding lebih 400,000 peserta pada tahun lepas.

“Pelbagai aktiviti sukan akan diadakan dari 7 hingga 9 Oktober manakala peras­mian HSN diadakan pada 8 Oktober,” menurut Karim pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa penganjur di Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Menurut Karim, Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem dijangka merasmikan HSN Pering­kat Negeri pada 8 Oktober bertempat di Padang Mer­deka, Kuching atau Tebingan Kuching.

Menteri Muda Perumahan itu turut menegaskan dengan menyertai HSN secara tidak langsung akan mengeratkan hubungan kekeluargaan selain mewujudkan budaya hidup sihat di kalangan masyarakat di sini.

Sunday, 26 April 2015

Persatuan belia perlu telus manfaat dana

April 26, 2015


Peruntukan bagi aktiviti perlu diurus dengan bijak dan penuh tanggungjawab: Karim

KUCHING: Badan dan persatuan belia diingat amanah dan bertanggungjawab menggunakan dana yang diperuntuk untuk aktiviti persatuan masing-masing.

Menteri Muda Pembangunan Belia (Bandar) Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, dalam setiap organisasi atau badan mahupun persatuan, masalah pertama perlu dihadapi ialah pengurusan kewangan.

“Ia bukan perkara mudah. Di sinilah kita mahu menasihat badan dan persatuan belia supaya lebih bijak mengurus kewangan termasuk mencari bantuan menganjur sebarang aktiviti,” katanya.

Beliau berkata demikian berucap merasmikan Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri 2015 anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri dihadiri Pengarah Jabatannya Abd Haris Ishak di sini, semalam.

Menurut Abdul Karim, tidak dinafikan terdapat persatuan dan badan tertentu mengguna peruntukan atau dana diberi bagi tujuan lain, bukan berasas aktiviti disasarkan.

“Kadangkala ada memohon peruntukan menganjur aktiviti, namun setahun selepas itu sebaliknya berlaku, duit digunakan ke lain.

“Kerajaan akan mempertimbang atau melulus permohonan peruntukan jika mereka membuat kertas kerja dilihat munasabah dan masuk akal,” katanya.

Sunday, 13 April 2014

Karim: Be proactive in seeking aid

April 13, 2014

Abdul Karim (centre) emphasises a point during the event. Haris is at left. — Photo by Jeffery Mostapa
KUCHING: Youth organisations in the state have been asked to move beyond merely writing letters to request for aid.

Assistant Minister of Youth Development (Urban) Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah said the organisations should go the extra mile as there are several private or government agencies willing to provide funds for youth development programmes.

“Please refrain from writing in a letter asking for financial aid. Instead, come forward and meet these agencies face-to-face to seek their support in person,” he said when launching the state-level Youth Consultative Council 2014 yesterday.

He said those with funding would be more inclined to provide full or partial financial support following such meetings as they reflect the commitment and perseverance of the youth organisation.

According to Abdul Karim, philanthropists would also want to support solid youth development programmes.

“It is a philosophy that the youth of a nation reflects the nation’s future,” he said.

Abdul Karim also emphasised the need for youth bodies to keep up with current trends to avoid any interest mismatch.

Saturday, 5 April 2014

Galeri: Penyerahan Bendera Sarawak Kepada SUKMA Sarawak

April 5, 2014

SELAMAT BERJUANG: Datuk Lee Kim Shin (empat kiri) menerima bendera kontinjen daripada atlet angkat berat, Jelinie Empera sambil disaksikan Abdul Haris Ishak (kiri), Affandi Keli, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Datuk Dr Stephen Rundi, Lucas Kalang dan Dr Ong Kong Swee di Dewan Suarah Kuching semalam.

Friday, 7 February 2014

Education one way to stop illegal races

February 7, 2014

Racers taking part in DAIICHI Sarawak Motor Racing Championship in this file photo.
SIBU: Education on road safety is one of ways to put the brakes on illegal racing, suggests Assistant Minister of Youth Development Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

He said ‘bike racing’ on public road could not be stopped by only building racing tracks for them.

“Racing is a form of ‘escapism’ for some bikers during their teenage years. As they get older the craze dies down.

“We need to educate them on road safety and divert their attention to other forms of recreational activities if we need to solve this problem.

“Parents also need education to guide their children away from (illegal) bike racing.

“The police and Road Transport Dept also need to be firm.

“Building racing tracks for them is only a small solution,” Abdul Karim, who is Asajaya assemblyman, said.

Sunday, 4 August 2013

Religious value as safeguard from globalisation threat


KUCHING: The young generations nowadays need to be instilled with the religious value which is able to act as a safeguard from the globalisation threat which has increasingly spread in the community.

Assistant Minister of Youth Development Haji Abdul Karim Rahman Hamzah said the young generations as future leaders need to equip themselves with positive values.

“All these positive values will be able to determine the excellence of Malaysia to a step forward and become role model to the others,” said Karim.

He said this in his speech when officiating at the State Level Khatam Al-Quran Ceremony 2013 for the Rakan Muda held at Surau Bandarsah, here recently.

He said, Muslims should take the opportunity in conjunction with the month of Ramadan to create positive members of young generation and to become pure Muslims by making the Prophet Muhammad as an example.

He also stressed all of us should be together in a way to make this into reality. 

Speaking about the Rakan Muda programme, Karim said that the programme which included religious activities would able to give positive effect to the youth especially when it involved the learning the Quran.

Saturday, 3 August 2013

Agama benteng pertahan ancaman globalisasi


KUCHING, Jumaat — Generasi muda kini perlu diterapkan dengan nilai agama yang mampu menjadi benteng pertahanan kepada pelbagai ancaman arus globalisasi yang semakin menular dalam kalangan masyarakat pada hari ini.

Menteri Muda Pembangunan Belia Negeri, Haji Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, generasi muda sebagai pencorak masa depan negara wajib dilengkapkan dengan nilai hidup yang berteraskan agama, moral dan budaya.

“Ciri dan nilai peribadi unggul ini mampu menentukan kecemerlangan negara ke tahap yang lebih gemilang lagi dan menjadi pembimbing untuk tidak sesat daripada landasan Islam yang sebenar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Rakan Muda Ramadan Khatam al-Quran Peringkat Negeri Sarawak 2013 di Surau Bandarshah, Kampung Bintangor, di sini, malam tadi.

Katanya, umat Islam harus mengambil kesempatan pada bulan Ramadan ini untuk membentuk generasi belia yang memiliki keazaman untuk menjadi muslim sejati, sahsiah dan disiplin yang terpuji dengan menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh teladan. 

“Kita tidak lagi mampu berpeluk tubuh atau menunding jari sesama kita sekiranya masyarakat Islam tidak berubah dan terus dibelenggu dengan isu keruntuhan moral dan kemerosotan institusi keluarga. 

“Justeru, belia perlu samasama mencorakkan perubahan dari sekarang dan melengkapkan diri dengan persiapan mental, fizikal, rohani dan jasmani untuk menempuh cabaran globalisasi yang datang dengan pelbagai perubahan yang mendadak,” tegasnya.

Remaja wajib diterap nilai agama


REMAJA CONTOH: Karim (berdiri lima kiri) ditemani Haris (berdiri empat kiri) merakamkan kenangan bersama peserta Program Rakan Muda Ramadan Khatam Al-Quran Peringat Negeri, malam kelmarin.
KUCHING: Golongan remaja sebagai pencorak masa depan negara wajib dilengkapkan dengan nilai hidup berteraskan agama, moral dan budaya.

Menteri Muda Pembangunan Belia (Bandar) Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ciri dan nilai peribadi unggul khususnya dalam diri anak-anak muda mampu menentukan kecemerlangan negara ke tahap yang lebih tinggi.

“Oleh itu, marilah kita bersama-sama berusaha memastikan generasi remaja kita diterapkan dengan nilai agama yang mampu menjadi benteng ketahanan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penangguhan Program Rakan Muda Ramadan Khatam Al-Quran Peringkat Negeri mewakili Menteri Perumahan Datuk Amar Abang Johari Tun Openg di Surau Bandarshah Kampung Bintangor di sini, malam kelmarin.

Pada masa sama, Karim memberitahu golongan remaja perlu bersama-sama mencorakkan perubahan bagi membasmi isu-isu keruntuhan moral yang semakin menular dalam masyarakat pada masa kini.

“Kita tidak lagi mampu untuk berpeluk tubuh atau menuding jari sesama kita sekiranya masyarakat Islam khasnya remaja tidak berubah dan terus dibelenggu dengan masalah ini yang akan turut merosakkan institusi keluarga,” tegasnya.

Beliau juga mengingatkan masyarakat Islam khasnya golongan remaja agar tidak leka dengan perubahan arus dunia dan perlu sentiasa mempersiapkan diri dengan ilmu agama supaya tidak lari dari landasan Islam.