![]() |
PROMOSI SARAWAK: Abdul Karim (lima kanan) bersama (dari tiga kanan) Aisah, Hii, Ben (empat kiri), Unho (lima kiri) dan tetamu lain pada sidang media di Kuching semalam. |
KUCHING: Acara golf berprestij, Kejohanan Sarawak menjadi produk pelancongan sukan terbaharu diperkenalkan Sarawak sebagai medium untuk mempromosi negeri ini kalangan penggiat sukan golf di seluruh dunia.
Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata kejohanan diadakan dari 4 hingga 7 Julai depan di Damai Golf & Country Club (DGCC) diyakini membantu meletakkan nama Sarawak sebagai destinasi penganjuran golf bertaraf antarabangsa.
Katanya, kementerian beliau memulakan usaha mempromosikan Sarawak dalam pelbagai bidang dan kita melihat pelancongan sukan sebagai industri yang besar dengan golf salah satu daripadanya.