Showing posts with label Majlis Perbandaran Samarahan (MPS). Show all posts
Showing posts with label Majlis Perbandaran Samarahan (MPS). Show all posts

Saturday, 29 August 2015

Samarahan melangkah jauh berbanding majlis daerah lain

Ogos 29, 2015


KUCHING: Majlis Daerah Samarahan (MDS) melangkah lebih ke hadapan berbanding Majlis Daerah di kawasan lain.

Menteri Muda Perumahan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata perlantikan penganalisis politik, Datuk Peter Minos sebagai Walikota yang baharu memiliki kesinambungan dengan pembangunan kawasan Samarahan.

"Walaupun MDS menghadapi kesulitan dari segi kekurangan kakitangan, namun MDS dilihat telah berjaya mengendalikan kepesatan Samarahan selari dengan pertumbuhan prasarananya," katanya.

Menurutnya, kawasan Samarahan adalah kawasan yang paling cepat sekali melalui proses pembangunan kerana suatu masa dahulu ia dikenali sebagai kawasan pinggir bandar yang terpencil.

"Kalau kita lihat pembangunan Samarahan sekarang ini ia adalah suatu kejayaan yang kita semua tidak jangka dengan pertumbuhan perumahan dan kawasan ini juga telah dikenali sebagai hab universiti," ujarnya.

Jelas Abdul Karim, MDS sedang dalam proses peringkat akhir bagi menaik taraf pelaksanaan menjadi Majlis Perbandaran Samarahan (MPS).

"Proses itu termasuklah menambah kuota kakitangannya, supaya kesediaan MDS lebih sistematik untuk berkhidmat sebagai MPS kelak," jelasnya.