Showing posts with label Dr. Mohd Fadzil Abdul Rahman. Show all posts
Showing posts with label Dr. Mohd Fadzil Abdul Rahman. Show all posts

Thursday, 4 September 2014

Kenakan tindakan tegas pengguna laman sosial lagakan rakyat


KUCHING: Cegah sebelum parah, mungkin ungkapan yang sesuai bagi menggambarkan situasi dalam media sosial sejak kebelakangan ini yang ada antaranya menyentuh sensitiviti agama atau perkauman.

Menteri Muda Pembangunan Belia Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan agensi kerajaan berkaitan mesti bertindak tegas terhadap mana-mana individu yang melakukan khianat dan melaga-lagakan rakyat menerusi laman sosial.

“Laman sosial seperti Facebook adalah bagus sebagai penghubung jika ia digunakan dengan baik tetapi ia juga boleh digunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab untuk melakukan khianat dan melaga-lagakan rakyat.

“SKMM dan agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab memantau anasir-anasir jahat ini mesti bertindak tegas dan jangan ambil ringan perkara ini.

“Jangan bila sudah merebak di segenap pelosok negara baharu hendak ambil tindakan,” katanya semalam diminta mengulas mengenai sikap pengguna media sosial yang menghina kaum dan agama dalam perbincangan di alam maya.

Malah, Karim berkata penggunaan Facebook di negara ini juga harus dikawal selia dengan baik bagi mengelak perkara tersebut daripada terus berleluasa.

“Pemilik akaun mesti didaftar dan kod etika pengguna mesti disenaraikan,” katanya.

Thursday, 14 August 2014

Karim harap UNIMAS jadi perintis termaju melalui kajian dan penyelidikan

August 14, 2014

KOTA SAMARAHAN: Seramai lapan penerima Anugerah Emas menerima pengiktirafan selepas dinobatkan sebagai pemenang menerusi Ekspo Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) 2014.

Ekspo dua hari yang berakhir semalam itu disertai 61 disiplin penyelidikan yang merangkumi bidang Sains Sosial dan Kemanusiaan, Teknologi Kejuruteraan, Sains Tulen serta Komputer dan Teknologi Maklumat.

Majlis penangguhan ekspo tersebut disempurnakan Menteri Muda Pembangunan Belia Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Menurutnya, penganjuran ekspo seumpama itu amat disambut baik sebagai platform untuk warga penyelidik serta mahasiswa UNIMAS mencipta produk yang dapat dikomersialkan di pasaran semasa.

“Menerusi penganjuran ekspo seperti ini, ia dapat menjadi pemangkin serta suntikan kepada budaya persaingan di kalangan penyelidik untuk menghasilkan produk terbaik yang dapat dimajukan sebagai produk komersial.

“Pada masa sama, ia juga diharap dapat menjadi laluan untuk berkongsi idea dan pendapat mengenai hasil penyelidikan sekali gus menjadikan UNIMAS sebagai perintis termaju menerusi bidang kajian dan penyelidikan,” katanya.

Selain itu, beliau yang juga Menteri Muda Perumahan mengakui, dengan adanya produk penyelidikan yang bertaraf antarabangsa, UNIMAS dapat membantu dalam pembangunan serta kemajuan negeri secara khususnya.
 

Tuesday, 26 February 2013

Belia harus peka dengan peluang disekililing mereka -Karim

26 February 2013

KOTA SAMARAHAN: Pelbagai bantuan yang diberikan kepada pelajar di peringkat rendah, menengah mahupun universiti di mana ianya sebagai satu inisiatif kerajaan membantu para pelajar untuk meringankan beban mereka. Baucar Buku 1 Malaysia merupakan bantuan yang diberikan kepada pelajar universiti termasuklah Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) bagi menampung perbelanjaan bertujuan akademik iaitu sebanyak RM250 setiap seorang.

Satu Majlis Simbolik Penyerahan Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M) telah diadakan di Dewan Serbaguna, Student Pavillion yang telah dirasmikan oleh YB Tuan Haji Abdul Karim Rahman Hamzah iaitu Menteri Muda Perumahan dan Menteri Muda Pembangunan Belia Sarawak. Turut hadir dalam majlis itu adalah Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak, Prof Datuk Dr Khairuddin Ab Hamid, Prof Mohd Fadzil Abdul Rahman selaku Timbalan Naib Canselor UNIMAS, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, UNIMAS iaitu Prof Dr Peter Songan, Dekan-dekan, Pegawai-Pegawai UNIMAS, Yang Di-Pertua Universiti Malaysia Sarawak serta wakil Yang Di-Pertua Universiti Malaysia Kelantan.

Antara hadirin yang hadir.