Showing posts with label Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC). Show all posts
Showing posts with label Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC). Show all posts

Monday, 28 January 2019

Abdul Karim sad but respects IPC’s decision


KUCHING: Minister of Tourism, Culture, Arts, Youth and Sports Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah was sad but respected the decision of the International Paralympic Committee (IPC) made yesterday in London to take away the hosting right of Kuching, Sarawak for the 2019 World Para Swimming Tournament slated for July 29 to Aug 4 2019.

“We are sad that IPC has to come to this decision. The Sarawak and Kuching City as host city respect this decision which was made pursuant to Malaysia barring the entry and participation of Israel athletes into Malaysia.

“I know that flight and accomodation bookings have been done and a lot of efforts have been put in place to make this international para swimming meet a successful one,” he said.

Sarawak hormati keputusan IPC, walaupun sedih - Abdul Karim


KUCHING: Sarawak menghormati keputusan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) membatalkan Kejohanan Renang Para Dunia 2019 meskipun bersedih dengan tindakan diambil badan antarabangsa itu.

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata Sarawak dan Kuching menghormati keputusan IPC itu yang dibuat berikutan keputusan Malaysia melarang penyertaan dan kemasukan atlet Israel ke negara ini.

"IPC pada 27 Januari 2019 ,iaitu semalam di London telah mengambil keputusan membatalkan hak penganjuran Kuching, Sarawak, Malaysia sebagai tuan rumah Kejohanan Renang Para Dunia 2019 yang akan bermula pada 29 Julai hingga 4 Ogos 2019.

Friday, 25 January 2019

Sarawak akur keputusan Kerajaan Persekutuan


KUCHING: Sarawak menerima setiap keputusan Kerajaan Persekutuan berhubung penyertaan atlet Israel pada Kejohanan Renang Para Dunia yang akan diadakan di sini pada Julai depan.

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, larangan terhadap atlet negara terbabit memasuki negara ini adalah dasar kerajaan dan sebagai penganjur, Sarawak mematuhi dasar itu.

Beliau berkata, Sarawak hanya memberi tumpuan kepada penyediaan kemudahan serta lokasi kejohanan itu pada 29 Julai hingga 4 Ogos ini dan bukannya terbabit dalam menentukan atlet yang bakal menyertai kejohanan itu.

Sarawak bans Israeli athletes from participating in World Para Swimming Championships


KUCHING: The state government has made the decision to bar athletes from Israel from participating in the Kuching 2019 World Para Swimming Championships, scheduled to take place from July 29 to Aug 4.

Minister of Tourism, Arts, Culture, Youth and Sports Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah said the decision was also in line with the national policy to bar the participation of athletes from the country in question in sporting events.

“This decision (to bar) athletes from Israel is a national policy, and the state government has to follow because we don’t want to become a laughing stock by allowing them (athletes from Israel) when the national policy is to bar them,” he said today.

Larangan masuk atlet Israel, Sarawak akur dengan keputusan kerajaan Persekutuan


Abdul Karim pada sidang media AIFFA 2019.

KUCHING: Atlet Isreal tidak akan dibenarkan bertanding pada Kejohanan Renang Para Dunia yang akan berlangsung di sini dari 29 Julai hingga 4 Ogos 2019. 

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata Sarawak akur dengan keputusan yang dibuat oleh kerajaan Persekutuan kerana ia polisi negara. 

“Sarawak menjadi hos bagi kejohanan ini adalah atas kelulusan daripada Kuala Lumpur selepas berjaya dalam bidaan pada kejohanan sebelum ini di Mexico. Malaysia adalah penganjur kepada kejohanan dan kita (Sarawak) adalah bandar bagi lokasi penganjuran. 

Sarawak akur keputusan halang atlet Israel

January 25, 2019

KUCHING 25 Jan. - Kerajaan negeri akur dengan keputusan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir berkaitan dengan pendirian Malaysia yang menghalang kemasukan atlet Israel daripada menyertai Kejohanan Renang Para Dunia di Sarawak yang berlangsung dari 29 Julai hingga 4 Ogos depan.

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Hamzah berkata sebagai sebuah negara yang bersatu keputusan tersebut harus dihormati.

"Ramai yang mempertikaikan perkara tersebut di laman sosial mengatakan Sarawak mempunyai hak imigresen, namun ingin saya tekankan di sini perkara tersebut berkaitan dengan polisi nasional dan kerajaan negeri harus menghormatinya," katanya semasa sidang media Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) 2019 di sini,hari ini.