Thursday 27 February 2020

MoU diantara kerajaan Sarawak bersama University of Florida bagi menandakan kerjasama kedua-dua pihak dalam bidang pemuziuman dan arkeologi

Syukur alhamdullilah baru baru ini saya bagi pihak kerajaan negeri Sarawak telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama University of Florida bagi menandakan kerjasama kedua-dua pihak dalam bidang pemuziuman dan arkeologi.
Majlia menandatangani memorandum ini berlangsung di Pejabat Presiden University of Florida di Grainesville dan turut disempurnakan oleh Presiden University of Florida, Yang Berusaha Encik Kent Fuchs.
di Pejabat Presiden University of Florida di Grainesville serta Dekan Pusat Antarabangsa University Of Florida Profesor Leonardo Villalon.
Majlis ini juga merupakan sebahagian daripada usaha kita untuk membawa pulang koleksi tulang manusia dari Gua Niah yang dianggarkan berusia lebih 4,000 tahun.
Koleksi tulang era neolitik ini dahulunya telah dibawa ke Amerika Syarikat pada 1967 untuk tujuan penyelidikan dan kajian lanjutan.
Tulang tulang ini ditemui pada 1950an oleh pasukan penyelidik yang diketuai Kurator Muzium Sarawak pada ketika itu, Encik Tom Harrison.Selepas itu, tulang tulang ini telah dibawa ke University of Nevada, Las Vegas Amerika Syarikat oleh Encik Shaleigh dan Richard Brooks, sebelum dipindahkan ke University of Florida untuk satu lagi kajian di bawah Profesor Dr John Krigbaum pada 2017.
Bagi saya, sudah tiba masanya untuk kita mengambil balik bahan artifak tersebut. Penyelidikan sudah selesai dan masanya untuk tulang tulang itu dikembalikan ke tempat asalnya.
Insyallah kita akan mengadakan majlis sambutan kepulangan tulang prasejarah itu pada minggu depan, diikuti penganjuran satu seminar khas pada 5 Mac depan di Kuching.
Sama sama kita berasa bangga kerana tulang tulang ini akan menjadi antara bahan pameran utama di Kompleks Muzium Sarawak yang baharu, yang bakal dirasmikan pada penghujung tahun ini.
Mengenai kerjasama antara Kerajaan Sarawak dengan University of Florida, mereka telah menawarkan persekitaran pembelajaran dan penyelidikan yang menarik, sambil memiliki teknologi masa depan.
Mereka merupakan antara tujuh universiti terkemuka di Amerika Syarikat dan menerusi MoU ini, kita akan menghantar pegawai dan kakitangan Muzium Sarawak serta penyelidik dari universiti tempatan di Sarawak untuk menghadiri kursus pendek dengan fakulti-fakulti yang ada di sini,” katanya.
Pada masa yang sama, kita turut meraikan kehadiran penyelidik-penyelidik mereka untuk melakukan kajian di Sarawak yang memiliki khazanah yang sungguh bernilai dimata dunia.









No comments:

Post a Comment