Friday 21 February 2020

Kerajaan PH tiada pendirian tetap dan gagal tunai janji mereka

Disini saya ingin menyuarakan pendapat dan reaksi peribadi mengenai kerajaan Pakatan Harapan #PH yang menjadi sebuah kerajaan tiada pendirian tetap dalam banyak perkara selain gagal dalam menunaikan janji khususnya kepada rakyat Sarawak.
Saya ingin mengambil contoh terbaru dimana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padungan Wong King Wei telah dilantik sebagai pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan #LPKP Sarawak baharu.
Sebelum ini memang ada kerajaan PH mengeluarkan kenyataan selepas menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bahawa tiada lantikan politik dalam badan dan agensi kerajaan seperti ini.
Malangnya sekarang semua yang telah dikatakan hanya janji manis, dasar mereka berubahubah dari mula sehingga sekarang berubah-ubah dasar dan tindakan mereka, sekejap itu sekejap ini.
Perkara ini turut menunjukkan satu perkara yang tidak baik kerana sekejap mereka mengatakan sebegini sekejap sebegitu...mereka memang tidak boleh dipercayai!
Satu lagi janji manis kerajaan PH berkaitan projek baik pulih sekolah usang di negeri ini.
Kerajaan Sarawak telah pun bersusah payah untuk membayar RM700 juta kepada kerajaan pusat tetapi sehingga kini projek baik pulih sekolah usang tidak dijalankan.
Apa yang menyedihkan kita semua ialah perjanjian persetujuan mengenai perkara ini sudah ditandatangani tetapi selepas bayaran dibuat sehingga kini mereka tidak menunaikan janji untuk membaik pulih sekolah ini.
Disini saya juga ingin menegur Ahli Dewan Negara Senator YB Alan Ling yang mengkritik kerajaan Gabungan Parti Sarawak #GPS kerana menghalang wakil rakyat PH daripada menggunakan kemudahan awam untuk majlis dan aktiviti yang disifatnya sebagai tindakan tidak matang.
Beliau harus ingat bahawa perkara ini bukan isu peribadi, bukan isu kematangan tetapi saya rasa kalau wakil rakyat GPS ditegah daripada melibatkan diri dengan program-program #PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) di sekolah oleh mereka (PH) adakah itu matang atau tidak?
Oleh itu juga tidak ada masalah untuk kita menghalang pemimpin pembangkang daripada PH untuk menghadiri dan menggunakan kemudahan yang dibina oleh kerajaan negeri.
Kalau mereka mahu minta kerajaan pusat membina lebih banyak kompleks sukan dan dewan suarah di negeri ini untuk digunakan mereka, kita tidak menghalang mereka tetapi gunakan kebijaksanaan, pemimpin PH Sarawak boleh meminta kerajaan pusat bina lebih banyak kompleks dan dewan suarah supaya mereka boleh menggunakannya setiap hari.
Saya sendiri juga pernah ditegah daripada terlibat dalam program sekolah iaitu majlis berkhatan yang sebelum ini sering dianjurkannya sejak 7 tahun lalu.
Tetapi tahun ini saya tidak dapat lagi mengadakannya kerana wakil rakyat GPS ditegah untuk datang dan masuk ke sekolah sekolah walaupun untuk aktiviti yang mendatangkan kebaikan kepada semua terutama golongan pelajar sekolah sekolah.
Walau bagaimanapun, tiada halangan untuk pihak sekolah atau mana-mana badan lain untuk menggunakan kemudahan awam di negeri ini selagi ia tidak melibatkan unsur unsur yang tidak memberi manafaat kepada kita semua.






No comments:

Post a Comment