Monday 30 March 2020

Penganjuran "SARAWAK YOUTHS STAY-AT-HOME ESPORTS CHALLENGE" inisiatif untuk golongan Belia


Syukur alhamdullilah kerana pada kesempatan ini pihak Kementerian Belia dan Sukan bersama Sarawak eSports Association #SESA akan menganjur acara "Sarawak Youths Stay-At-Home eSports Challenge".

Acara ini adalah julung kali diadakan dan amat unik sekali kerana para peserta hanya perlu mendaftar penyertaan secara Online atau Atas Talian dan tidak perlu hadir ditempat pertandingan kerana mereka akan berentap di alam maya.

Saya difahamkan bahawa acara ini akan berlangsung pada 11 hingga 13 April ini dan ianya dibahagi kepada 2 kategori iaitu #PUBG_Mobile dan #FIFA20 Hanya golongan #belia berumur 15 - 40 tahun dibenar untuk mengambil bahagian dalam acara ini yang menawarkan hadiah hadiah menarik kepada 10 pemain terbaik dalam setiap kategori yang dipertandingkan.

Syabas saya ucapkan kepada pihak kementerian dan #SESA diatas inisiatif yang ditujukan khas untuk golongan muda yang pada masa ini turut bersama kita dalam mematuhi Perintah Kawalan Pergerakkan #PKP yang mewajibkan semua untuk #DudukDiRumah #StayAtHome

Saya turut berharap agar golongan belia sentiasa menjaga kesihatan masing masing dan jangan keluar rumah jika tiada keperluan kerana kita semua mesti patuh dengan arahan #PKP yang berkuatkuasa sehingga 14 April ini.




Sunday 22 March 2020

Selamat memperingati peristiwa Israk dan Mikraj

Assalamualaikum dan salam rindu kepada rakan rakan yang saya kasihi semua. Di kesempatan ini saya ingin memohon agar rakan rakan agar terus duduk dirumah masing masing demi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan. Syukur alhamdullilah sama sama kita masih dapat menyambut peristiwa Israk & Mikraj yang turut disambut oleh semua Muslimin dan Muslimah di seluruh dunia walaupun penularan wabak #Covid19 masih berlaku.
Sama sama kita terus berdoa semoga kita dan negara #Malaysia sentiasa dirahmati dan dilindungi oleh Allah SWT. Amin


Friday 20 March 2020

Bersama kita bendung wabak virus Covid-19 dari merebak

Assalamualaikum dan salam rindu kepada rakan rakan yang saya amat kasihi. Syukur alhamdullilah kerana sama sama kita masih dapat bersama dengan sanak keluarga yang dicintai walaupun mengalami situasi kurang selesa akibat perintah kawalan pergerakan yang dikuatkuasa sehingga 31 Mac ini.
Di kesempatan ini saya meminta semua rakan rakan terutama di kawasan luar bandar untuk patuh dengan Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19 oleh pihak kerajaan.
Banyak perkara yang dirancang oleh kita semua terpaksa dibatalkan disebabkan perintah ini demi keselamatan kesihatan dan untuk mencegah penularan virus Covid-19.
Saya sendiri terpaksa berada dirumah bersama ahli keluarga demi mematuhi perintah larangan bergerak dan rasa rindu terhadap rakan rakan terutama dikawasan Asajaya pun semakin membara.
Namun saya ingin menyeru dan mengingatkan agar semua rakan rakan menjaga diri serta elakkan daripada hadir ke perkumpulan ramai. Mencegah adalah langkah lebih baik dalam situasi ini.
Saya sendiri ingin menggunakan perintah ini sebagai peluang untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan keluarga selain memainkan peranan dalam membendung penularan COVID-19 dari merebak.




Friday 13 March 2020

Major tourism, sports and youth related events postponed

To comply with #Sarawak State Disaster Management Committee’s requirement, all major tourism, sports and youth-related events have been postponed to a later date. The postponed events include 30 business conferences, conventions and meetings which were already been scheduled to be held in Sarawak with thousands of participants all over the world expected to congregate.
after the state confirmed three Coronavirus Disease (Covid-19) cases
The award winning Rainforest World Music Festival (RWMF) which was expected to be held in July is also postponed and also the Spartan Race 2020. Other notable  events include the 10th Borneo Dental Congress and 11th Malaysian Dental Association Eastern Zone Annual General Meeting 2020 fixed for the end of the month, the 58th Multiple District 308 Lions Convention 2020.
The State Disaster Management Committee has come up with an advisory statement, that all events organised by the government involving more than 250 participants must be postponed after Sarawak registered three Coronavirus Disease (Covid-19) cases.
Both my ministries have several events to be held within the next few months, but we have to abide by this directive. So events will be postponed until further notice. They (events) will not be cancelled and the organising committee will mobilise them until the situation gets better. We hope the Covid-19 situation will subside within one or two months. If this is it, and if the organising committee (concerned) is prepared then (events will) go on...this difficult decision has to be made as public health is our top priority during this global pandemic. I just hope that it will stay at three (confirmed cases). For the Spartan Race this year, there are two of them and the obstacles are already in Kuching.
The directive was not there yesterday (March 12), so I announced that it (RWMF 2020) would still proceed. Anyway,  both my ministries would closely monitor the Covid-19 situation in Sarawak to decide later whether or not some events could be organised as scheduled. The sale of RWMF 2020 tickets has not begun but the signing of the agreement and memorandum of understanding have already taken place. I also take the opportunity to thank our media friends who took the time to attend  the press conference on this matter which was held at my office this afternoon.






Banyak acara di Sarawak ditunda sementara waktu berikutan penularan virus Covid-19

Terima kasih diucapkan kepada rakan rakan Media yang sudi hadir disidang akhbar mengenai penundaan acara acara yang bakal berlangsung di negeri Sarawak mulai bulan ini.
Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan bersama Kementerian Belia & Sukan Sarawak (MYSS) telah memutuskan untuk menangguh semua acara besar yang melibatkan kehadiran lebih daripada 250 orang. Ini termasuk Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia #rwmf2020 demi kepentingan kesihatan orang awam di negeri ini. Keputusan itu berikutan garis panduan baharu yang dikeluarkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berhubung semua acara perhimpunan kerajaan dan awam yang melibatkan lebih daripada 250 peserta akan ditunda ke tarikh akan datang ekoran 3 kes positif #covid-19 yang direkodkan dibandaraya Kuching baru baru ini.
Baru baru ini saya mengeluarkan kenyataan berkaitan RWMF yang akan diteruskan tetapi pada pagi hari ini JPBN mengeluarkan garis panduan baharu dan saya pasti anda semua sudah membacanya yang mana semua acara perhimpunan kerajaan dan awam yang melibatkan orang awam lebih daripada 250 peserta akan ditunda. Saya turut menjelaskan kesemua acara itu ditunda sehingga situasi pulih.






Sarawak akan menstrategi semula fokus sektor pelancongannya

Terima kasih saya ucapkan kepada rakan rakan #Media kerana sudi memberi liputan berita meluas mengenai mesyuarat jawatankuasa pemandu sektor pelancongan #Sarawak yang  berlangsung kelmarin.
Seperti yang saya nyatakan kepada mereka, pihak Kementerian Pelancongan, Keseniaan dan Kebudayaan akan menstrategi semula fokus bagi meningkatkan industri pelancongan negeri yang terjejas susulan pengaruh wabak COVID-19 diperingkat global.
Bagi tujuan itu Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) akan terus mempergiatkan usaha mempromosikan pelancongan domestik.
Kita boleh adakan promosi dalam dan antara negeri-negeri di Semenanjung dan Sabah untuk merangsang industri pelancongan tempatan.
Mengenai perkembangan industri pelancongan negeri susulan wabak COVID-19, sebelum penularan pihak kementerian sememangnya optimistik dengan jumlah kedatangan pelancong ke negeri ini tahun ini mampu mencapai 5 juta orang.
Berdasarkan statistik pada Januari 2020, jumlah kedatangan pelancong meningkat sebanyak 16.17 peratus kepada 419,776 pelancong berbanding 361,334 pelancong pada Januari 2019.
Bagaimanapun, disebabkan penularan COVID-19 serta sekatan kemasukan ke atas pelancong dari negara-negara terjejas, jumlah kedatangan pelancong pada Februari tahun ini menurun 7.2 peratus kepada 311,168 orang berbanding 336,488 pada bulan yang sama tahun 2019.
Justeru, kita akan memantau rapi trend kedatangan pelancong ke negeri ini bagi bulan-bulan Mac, April, Mei, Jun hingga Julai. Tetapi dengan adanya promosi pelancongan domestik yang dibuat, kita akan dapat lihat impaknya kepada industri bermula pertengahan tahun ini,” katanya.
Susulan keadaan yang disebabkan oleh wabak COVID19, setakat ini semua acara yang telah dihebahkan menerusi media akan diteruskan mengikut jadual.
Setakat ini, hanya kejohanan Tennis Davis Remaja yang dijadualkan pada April ditunda ke Julai.
Acara-acara lain, Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF), Lumba Spartan katanya akan diteruskan mengikut jadual.
Bagi sektor penerbangan pula, hanya perkhidmatan oleh Royal Brunei Airlines dari Brunei Darussalam ke Bintulu yang telah ditangguh mulai 15 Mac ini.








Tuesday 10 March 2020

Temuramah bersama rakan rakan Media mengenai Kabinet Menteri Persekutuan baharu


Our heartiest congratulations to YB Datuk Seri Nancy Shukri on her appointment as new Minister of Tourism, Arts & Culture.

Together with the rest of fellow Sarawakians, we are de­lighted that Datuk Seri Nancy Shukri has been ap­pointed to hold the tourism port­fo­lio in the new fed­eral cabi­net.
In the new cabi­net line-up an­nounced by Prime Min­is­ter Tan Sri Muhyid­din Yassin yes­ter­day, Member of Parliament for Batang Sadong Datuk Seri Nancy Shukri has been ap­pointed as the fed­eral Min­is­ter of Tourism, Arts and Cul­ture.
Def­i­nitely. I am happy that YB Datuk Seri Nancy is the Tourism, Arts and Cul­ture Min­is­ter. We hope to work to­gether to bring Malaysia and Sarawak tourism to greater heights. 




Kudos to YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin on the new Federal Cabinet line-up

Kudos to our Prime Min­is­ter Tan Sri Muhyid­din Yassin who has ap­pointed 11 Sarawakian par­lia­men­tar­i­ans into his new Federal Cabi­net which he wanted to be a ‘func­tional cabi­net’.
Syukur alhamdullilah there are three Sarawakian ministers out of the 31 full min­is­ters and 38 deputy min­is­ters in the new cabi­net.
We congratulate YB Datuk Seri Fadil­lah Yusuf, who is Gabun­gan Parti Sarawak (GPS) chief in Par­lia­ment, is also appointed as the Works Min­is­ter. Be­sides that, the other GPS MPs appointed as full ministers are Datuk Alexan­der Nanta Linggi as Min­is­ter of Do­mes­tic Trade and Con­sumer Af­fairs, Datuk Seri Wan Ju­naidi Tuanku Jaa­far as Min­is­ter of En­tre­pre­neur De­vel­op­ment and Co­op­er­a­tives, and Datuk Seri Nancy Shukri as Min­is­ter of Tourism, Arts and Cul­ture.
As for deputy min­is­ters, the five are Mukah MP Datuk Han­i­fah Taib (PBB) as Deputy Min­is­ter In the Prime Min­is­ter’s De­part­ment (Sabah and Sarawak Af­fairs), Kanowit MP Datuk Aaron Ago Da­gang (Parti Rakyat Sarawak) as Deputy Health Min­is­ter II, Lawas MP Datuk Henry Sum Agong (PBB) as Deputy Ru­ral De­vel­op­ment Min­is­ter II, Datuk Seri Tiong King Sing, Bin­tulu MP, as Deputy Na­tional Unity Min­is­ter, Lim­bang MP Hasbi Habi­bol­lah (PBB) as Deputy Trans­port Min­is­ter. We also congratulate Sara­tok MP Ali Biju (In­de­pen­dent) as the Deputy En­ergy and Nat­u­ral Re­sources Min­is­ter as well as Pun­cak Bor­neo MP Wil­lie Mon­gin (In­de­pen­dent) as Deputy Plan­ta­tions and Com­mod­ity Min­is­ter.




Saturday 7 March 2020

Encouraging response to Lundu’s leg of Jelajah Belia Sarawak 2020 program


It is heartening for me to see over 1,000 people including the youths from #Lundu #Sematan #TelokMelano and even #Kuching had came together to the official opening of “Jelajah Belia Sarawak 2020” which was held at Lundu’s Sports Complex this morning. The event in Lundu is the 9th leg of the program and we thank the local folks led by YB Datuk Amar Hajah Jamilah Anu who were kind enough to become the host.
During my speech, I called on all members of the community to work together in the efforts to mould our youths to become successful leaders of the future and we need to groom them to become the most suitable candidates. Similarly, in order to have a good pool of future leaders of the state, Sarawak must look at the youth today.
Hence, I called all parties to play their role in guiding our youths so that they would not end up being problematic or with no direction. I called on the elders especially parents, people's representatives and all leaders to engage with the youths and lead them on track because iIf we fail to do so, the country will eventually fal.
Of course every parent would love for the children to be successful but the measure of their success must not measured by cash or enrolment to university.There are so many technical colleges and institutions and there are those who did not go to the university but they can still become successful. That is why patience and perseverance are important while our youths must have a target and direction in life. If they are able to achieve their target or slightly close to it, they  will feel content, and that is also a form of success.
In my parting words, I called on the youths to stay focus on what they are interested in while their skills and talents by going to a technical college and upon graduation, our youths can become skilled person who can also contribute meaningfully to the nation.









Monday 2 March 2020

Setinggi tahniah diucapkan kepada YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri ke-8 Malaysia

Sama sama kita bersyukur kerana kemelut dan pergolakkan politik dinegara kita lambat laun semakin pulih. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin Yassin di atas perlantikan beliau sebagai Perdana Menteri kelapan.
Kita menyokong perlantikan beliau selaras dengan sokongan yang diberikan oleh Ketua Menteri kita Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak #GPS terhadap keputusan dibuat oleh Duli Yang Maha Mylia Yang di-Pertuan Agong.
Kita mendokong kepimpinan YAB Tan Sri Muhyiddin yang tegas dan berintegriti kerana beliau adalah ahli politik veteran, bekas menteri pendidikan dan menjawat beberapa portfolio dalam kabinet dan dengan itu banyak pengalaman.
“Sama sama kita doakan beliau sentiasa berada dalam sihat dan kesejahteraan serta mendapat rahmat kebijaksanaan yang tinggi agar dapat memilih ahli kabinet yang berwibawa untuk memacu negara Malaysia ke arah kegemilangan.
Selain daripada itu, sama sama kita berharap dan berdoa agar kepimpinan Perdana Menteri yang baharu akan memenuhi aspirasi dan hak rakyat Sarawak selain memberi layanan kepada kita dengan sewajarnya. Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang-di-Pertuan Agong AlSultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billlah Shah baru baru ini telah berkenan melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.








Sunday 1 March 2020