Sunday 27 September 2015

Buang yang keruh, ambil yang jernih - Abdul Karim

September 26, 2015

KEBANGGAAN KRT SERPAN: Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menyampaikan sijil anugerah Ikon Perpaduan KRT Serpan kepada Tuan Haji Bujang Haji Limin


Seorang gadis menyemat bunga di baju Datuk
Abdul Karim Rahman Hamzah
ASAJAYA: Sikap berpuak-puak harus diatasi dengan toleransi yang tinggi bagi memberi laluan kepada kewujudan dan pengukuhan perpaduan dalam masyarakat.

Menurut Menteri Muda Pembangunan Belia (Bandar) Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, sikap berpuak-puak cenderung untuk menimbulkan kekeruhan dalam masyarakat kerana keperluan untuk mewujudkan dan mengekalkan hubungan yang baik bukan lagi menjadi keutamaan.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah bersalam
dengan penduduk kampung
Beliau berkata, bagi sesuatu peristiwa yang sudah berlalu, biarkanlah ia berada dalam lipatan sejarah tanpa ada usaha untuk mengungkit-ungkit peristiwa tersebut dengan tujuan untuk menimbulkan kekeruhan dalam masyarakat.

Perkara yang "tidak bagus, tak usahlah diperbesar-besarkan."

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah bersalam
dengan penduduk kampung
"Beri tumpuan kepada masa hadapan" seperti perancangan ekonomi dan pendidikan, ujar beliau lagi ketika merasmikan Program Pelancaran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Serpan Laut dan Majlis Ramah Mesra Aidiladha 2015 di Kampung Serpan Laut malam tadi.

Abdul Karim kemudiannya berkata beliau amat yakin KRT Serpan Laut mampu untuk membawa Kampung Serpan Laut melangkah jauh memandangkan ada ramai pemimpin yang berkebolehan dalam kampung.

Selepas merasmikan pelancaran KRT Serpan Laut, Abdul Karim kemudiannya menyampaikan anugerah Ikon Perpaduan Serpan Laut kepada Haji Bujang Haji Limin.

Saturday 26 September 2015

Kesejahteraan rakyat sentiasa keutamaan Kerajaan Barisan Nasional - Abdul Karim

September 26, 2015

Datuk Abdul Karim menyampaikan ucapan di Majlis Penyerahan Daging Korban di Kampung Mang.


Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah
menyerahkan daging korban di Kapung Mang.
KOTA SAMARAHAN: Kerajaan Barisan Nasional sentiasa berusaha untuk memberi kehidupan yang selesa kepada rakyat Sarawak dengan menyediakan prasarana.

Walau bagaimanapun, perlu ada kerjasama yang erat diantara kerajaan dan rakyat untuk memastikan semua usaha dapat dijalankan dengan jayanya.

Menteri Muda Pembangunan Belia (Bandar) Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata sedemikian ketika berucap di program penyerahan di Masjid Ali Fatimah di Kampung Mang hari ini.

SIMBOLIK: Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah
memotong daging korban di Kampung Nakong.
Beliau kemudiannya memberitahu, selain daripada menyediakan prasarana, kerajaan juga ada menyediakan banyak skim-skim dalam pelbagai bidang seperti perumahan, education dan ekonomi untuk rakyat.

Sebelum ke Kampung Mang, Abdul Karim telah menghadiri majlis yang serupa di Kampung Nakong.

Dalam ucapan beliau disana, Abdul Karim menegaskan betapa pentingnya hubungan yang erat diantara kepimpinan akar umbi dan rakyat.

Zahid to Muslims: Give respect to earn respect

September 26, 2015

Zahid, flanked by Abdul Karim (second right) and Abang Johari, presents the meat to a villager, as Rubiah (right) looks on.



KOTA SAMARAHAN: Muslims should refer the Quran when it comes to maintaining good relationship with the non-Muslims.

In pointing this out, Deputy Prime Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi reminded Muslims in the country to use their wisdom in dealing with any tension involving racial and religious issues.

“Such tense situation would not happen if Muslims would truly follow the teachings from the Quran.


Friday 25 September 2015

Pengertian korban adalah luas - Abdul Karim

September 25, 2015

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menerima replika kunci van jenazah daripada Rabiah Wang

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah memberi
ucapan di program ibadah korban di Pejabat
Daerah Asajaya
ASAJAYA: Umat Islam hendaklah melihat pengertian korban dari perspektif yang luas dan bukannya terhad kepada penyembelihan haiwan ternakan di Hari Raya Aidiladha.

Menteri Muda Pembangunan Belia (Bandar) Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata pengorbanan juga meliputi perbuatan membantu anggota masyarakat yang memerlukan bantuan dengan mengenepikan kehendak peribadi demi kesejahteraan semua dalam masyarakat.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah
memotong daging korban di program
ibadah korban di Pejabat Daerah
Asajaya.
Beliau menambah, dalam konteks pembangunan, kesanggupan untuk memberi keutamaan kepada kesejahteraam semua dengan mengizinkan proses pembangunan dilaksanakan juga adalah pengorbanan.

Setiap kali kita menyambut Hari Raya Aidiladha, "kita juga perlu melihat apa yang telah kita korbankan dalam hidup demi faedah diri kita sendiri dan juga masyarakat keseluruhannya," kata beliau ketika berucap di majlis penyerahan daging korban yang diadakan di Pejabat Daerah Asajaya petang ini.

Abdul Karim turut memberi kata-kata perangsang kepada penerima daging korban dengan berkata : "Dengan berusaha bersungguh-sungguh, kita akan keluar daripada belenggu kemiskinan."

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menerima
penyerahan van jenazah daripada Rubiah Wang.
Walau bagaimanapun, beliau memberi peringatan, perlu ada pengorbanan yang mesti dilakukan dalam usaha untuk memperbaiki kehidupan.

Beliau kemudiannya menerima penyerahan sebuah van jenazah bagi pihak Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Daerah Asajaya.

Van jenazah tersebut disumbang oleh Pejabat Ahli Parlimen Kota Samarahan.
  

Thursday 24 September 2015

Silat perlu dilihat dari perspektif yang berbeza

September 24, 2015

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menyampaikan ucapan perasmian.


Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah disambut
oleh pesilat-pesilat Perguruan Seni Silat
Helang Putih Perkasa



KUCHING: Pengamal seni silat Melayu mesti berusaha untuk menengahkan silat dikalangan anak-anak muda dari perspektif yang berbeza.

Menteri Muda Belia (Bandar) Datuk Karim Rahman Hamzah berkata peredaran zaman menyebabkan kaedah-kaedah sedia ada untuk merapatkan anak-anak muda dengan seni silat sudah tidak berkesan lagi.

"Ini (seni silat) adalah warisan bangsa kita. Kita tidak dapat mengharap pihak-pihak lain seperti kementerian dan jabatan untuk meningkatkan minat terhadap seni silat.

Sebahagian daripada para hadirin.
"Atas sebab itu saya amat gembira sekali dengan usaha untuk mengadakan bengkel ataupun perjumpaan diantara perguruan-perguruan silat" bagi mencari jalan untuk "menyemarakkan lagi minat anak-anak muda kita terhadap seni silat," kata Abdul Karim, yang mewakili Menteri Perumahan Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, ketika merasmikan Majlis Ibadah Qurban Ke-18 Perguruan Seni Silat Helang Putih Perkasa hari ini.

Beliau turut mencadangkan agar perguruan-perguruan silat mengadakan lebih banyak pertandingan silat sebagai salah satu usaha kearah memupuk minat dikalangan anak-anak muda terhadap seni silat.

Sebahagian daripada para hadirin.
Abdul Karim berkata anak-anak muda mempunyai aspirasi yang berbeza berbanding dengan generasi yang lebih tua daripada mereka, dan ini memungkinkan mereka lebih menyukai usaha untuk memberi mereka platfom untuk menunjukkan kebolehan ataupun menilai tahap kemahiran mereka.

Sebelum menamatkan ucapannya, Menteri Muda Belia, yang juga merupakan Menteri Muda Perumahan, mengumumkan bantuan kewangan sebanyak RM10,000 untuk Rumpun Silat Sarawak dan RM5,000 untuk Perguruan Seni Silat Helang Putih Perkasa.


Galeri: Handover ceremony of sacrificial cows

September 24, 2015

THUMB UP: Assistant Minister of Resource Planning Datuk Mohd Naroden Majais, Samarahan Member of Parliament Rubiah Wang, Assistant Minister of Rural Development Datuk Julaihi Narawi, Assistant Minister of Youth Development Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Muara Tuang assemblyman Dato Sri Mohamad Ali Mahmud, and Sadong Jaya assemblyman Aidel Lariwoo are seen during the handing over of the sacrificial animals.

Monday 21 September 2015

Galeri: Mesyuarat PBB Cawangan Asajaya

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah diapit oleh Setiausaha PBB Cawangan Asajaya Buang Bolhassan dan Ahli Parlimen Kota Samarahan Rubiah Wang ketika mesyuarat PBB Cawangan Asajaya di sebuah hotel tempatan baru-baru ini.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, yang merupakan Ketua PBB Cawangan Asajaya, menerangkan sesuatu kepada Ahli Parlimen Kota Samarahan Rubiah Wang sambil diperhatikan oleh Setiausaha PBB Cawangan Asajaya Buang Bolhassan.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah yang merupakan Ketua PBB Cawangan Asajaya menyemak dokumen sebelum bermulanya mesyuarat PBB Cawangan Asajaya. Kelihatan disebelah ialah Setiausaha PBB Cawangan Asajaya Buang Bolhassan.

Karim supports proposal for state minister to oversee JPNIN



SIBU: Placing a state minister or assistant minister to oversee the National Unity and Integration Department (JPNIN) will ensure that activities and programmes rolled out are in line with needs of the state leadership.

Assistant Minister of Youth Development Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah said this yesterday in support of JPNIN Sarawak director Dirwana Azool’s proposal.

Dirwana made the suggestion after launching the‘Unity Week’ cum closing of ‘Kibar Jalur Gemilang’ campaign at the civic centre in Kota Samarahan on Saturday.

“I fully support the Sarawak JPNIN director’s suggestion for a state minister or assistant minister be appointed to oversee the department’s role in Sarawak.

“This is a federal outfit whose task and responsibilities require them to be on the ground most of the time.

“A state minister being assigned to oversee them as proposed will erase all doubts, sensitivity and suspicion of their roles on the ground,” said Abdul Karim, who is Asajaya assemblyman.

He added that placing a state minister to oversee them would also ensure that their activities and programmes met the requirements and expectations of the state leadership.


Thursday 17 September 2015

Devolution of power means Putrajaya confident in state leadership



KUCHING: The first phase of devolution of power announced by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak shows the federal administration has confidence in the ability of the state leadership under Chief Minister Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

PBB Supreme Council member Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah said the confidence was a good sign for Sarawakians, apart from upholding the spirit of the Malaysia Agreement signed in 1963.

“This is really good and happy news for all Malaysians, especially when it was announced in conjunction with Malaysia Day. This makes the celebration even more meaningful,” he said when contacted yesterday.

Abdul Karim, who is also Asajaya assemblyman, was commenting on Najib’s statement on Wednesday on the federal government’s agreement to give authority to federal government directors in the state to make major decisions without having to refer to their counterparts in Putrajaya.

Najib added that the state government would also be empowered so that priority for projects involving rural areas, infrastructure such as schools, hospitals and so on could be decided and implemented by them.

Abdul Karim, who is also Assistant Minister of Social Development, said the decision of the federal government also showed what was said by Adenan was true.

“Our chief minister was correct when he said there was no prime minister before this who has done many things for Sarawak like Najib.


‘Independence means developed, peaceful Malaysia’

September 17, 2015

Abd Karim (right) and Rubiah launch the Kampung Sambir logo.



ASAJAYA: The present generation should interpret the meaning of national independence into ensuring the country is developed, peaceful and prosperous.

Assistant Minister of Social Development (Youth) Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah said the struggle of today’s generation might not be the same as their forefathers during the pre independence era, but their (present generation) aim was the same, to see unity among Malaysians and a progressive country.

“Our forefathers have struggled and sacrificed for independence for the betterment of the present generations. We, as the present generation who inherit and benefit from their struggle must continue to ‘fight’ to ensure unity, peace, prosperous and the betterment of the future generation,” he said when closing an ‘Independence Month Celebration at Kampung Sambir yesterday.

Kota Samarahan MP Rubiah Wang was also present.

Karim, who is also Asajaya assemblyman, also launched the village logo at the village multipurpose hall.

He also emphasized that education played important role in the country’s development.

As such, parents must ensure their children were well educated so they could contribute to the country’s development.
He said Malaysia had progressed a lot since it achieved independence but admitted there were still a lot more to do.

“Even Kampung Sambir has gone through a lot of changes and development such as roads and communication development, which have benefited the villagers.


Wednesday 16 September 2015

Kuching records 121 drug addicts in first five months


Abdul Karim (centre) speaks to the press about the latest drug statistics in the state, while (from left) Sebastian, Izhar, Wan Madihi and Sekam look on.

KUCHING: Kuching Division recorded the highest number of drug addicts with 121 known addicts from January to May this year, followed by Samarahan (72) and Miri (57).

Assistant Minister of Social Development Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah said based on statistics from National Anti-Drugs Agency (AADK) Kuching recorded 230 drug addicts, with 121 in Miri and 113 in Samarahan the whole of last year.

“Statistics for the first five months of this year shows there are 365 known drug addicts in the state, while 749 were recorded in 2014.

“The age group of 22 to 29 has the highest usage in both periods, with 309 addicts in 2014 and 155 as of May this year,” he told a press conference after chairing a Drug Eradication Action Council (MTMD) meeting yesterday.

In 2014, drug addicts below 17-years-old totaled 17, those between 18 and 21 stood at 107 and those between 30 and 39 was at 230.

This year’s number of drug addicts as of May below 17 years totaled six, 18 to 21 stood at 57 and 30 to 39 was at 103.

Abdul Karim noted that even though there were not many heavy drug abuse cases in the state, there was a worrying increase in the use of inhalants and synthetic drugs among youths.


Tuesday 15 September 2015

Sarawak masih dalam zon selamat - Karim

September 15, 2015

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah di apit oleh Ketua Pengarah AADK Sarawak Wan Madehi Wan Salleh (kanan) dan Timbalan Ketua Pengarah AADK (Operasi) Izhar Abu Talib.


KUCHING: Kategori umur yang paling aktif dalam kes penagihan dadah di Sarawak dalam tahun 2014 ialah 22 tahun hingga 29 tahun.

Ini didedahkan oleh Menteri Muda Perumahan dan Belia Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dalam sidang akhbar yang diadakan di sini hari ini.

Beliau turut mendedahkan Sarawak mencatatkan jumlah penagih yang dikesan seramai 1,114 dari tarikh 01 Januari 2014 sehingga 31 Mei 2015 yang mana Bahagian Kuching mencatatkan jumlah penagih yang dikesan yang paling ramai sebanyak 351 orang.


Walau bagaimanapun, menurut Abdul Karim, Sarawak "masih berada di dalam zon selamat" jika dibandingkan dengan mana-mana negeri di Malaysia.

Tambah beliau lagi, agensi-agensi kerajaan yang berkaitan tidak memandang ringan hal ini dan akan terus memperhebatkan usaha-usaha untuk membanteras dadah.

Menurut beliau, diantara usaha-usaha yang sedang dilakukan ialah dengan "menghalusi" mekanisme bagi tujuan melicinkan keseluruhan proses memerangi dadah.

Abdul Karim, yang merupakan Pengerusi PEMADAM Sarawak, turut memberitahu kes penagihan ubat batuk di negeri ini tidak banyak kerana kebanyakan kes-kes penagihan dadah lebih tertumpu kepada pil Nospan dan menghidu gam.

ROS didn’t err on Amanah — Abdul Karim

September 15, 2015 



SIBU: The Registrar of Societies (ROS) did the right thing when it disallowed Parti Amanah Negara (Amanah) from carrying out activities while still under the name of Malaysian Workers Party, Asajaya assemblyman Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah said.

Hence, state Democratic Action Party (DAP) chairman Chong Chieng Jen should not have blamed the ROS, he added.

Abdul Karim, who is Assistant Minister of Youth Development, said: “I am just dumbfounded by YB Chong calling the ROS ‘trying to be funny and nasty’ when the ROS announced that Parti Amanah Negara (Amanah) cannot carry out any activities until it has successfully changed its name from Malaysian Workers Party.

“As a lawyer, YB Chong should be well aware that a party cannot start operating or doing activities until they are registered. That is how the law is and any lawyer would agree with that.

“We uphold the ‘Rule of Law’ and chaos would happen if everyone is to take the laws into their own hands,” Abdul Karim said.

He added: “Parti Amanah is not even registered yet, so no activity using that name should be allowed just yet.”

Chong, who is also Bandar Kuching MP and Kota Sentosa assemblyman, had asserted that there was no reason for ROS not to approve the proposed change of name to Amanah.

Selamat Menyambut Hari Malaysia


Monday 14 September 2015

Don’t participate in Red Shirt rally, Abdul Karim advises Sarawakians

September 14, 2015


KUCHING: Sarawakians are urged to stay away from the Red Shirt rally scheduled to be held on Wednesday as it will only mar the sanctity of Malaysia Day celebrated on that day.

Assistant Minister of Youth Development (Urban Areas) Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah said there was no need for them to join the rally in Kuala Lumpur or even organise it here even though it might proceed as planned by the organisers.

“This is what happens when some leaders choose a certain name or colour to organise rally in the pretext of democracy in a plural society such as Malaysia.

If Bersih 4.0 were able to go out and demonstrate, there will be others too who want to do the same.

“But in my opinion, Sarawakians don’t need to come out and demonstrate by using red shirts on Sept 16.

“If the people in Malaya want to do it, just let them do it, but not in Sarawak where we already live in peace and harmony,” he said when contacted yesterday.

Abdul Karim, who is also Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) supreme council member, said the Bersih 4.0 in Kuching on Aug 29 proved to be a failure after it ended abruptly amid conflict among the opposition.

Thursday 10 September 2015

‘Opposition using villagers for publicity stunt’

September 10, 2015


KUCHING: Opposition party members present at the Kuching Court Complex yesterday were just using villagers to demonstrate at the hearing of the state government’s appeal on the extent of Native Customary Rights (NCR) over land relating to pemakai menoa and pulau galau as a publicity stunt.

Assistant Minister of Youth Development Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah said opposition members had instigated the villagers to think that the government would take their land.

“This is not very good and unbecoming of them,” he told reporters.

“These are the things which the opposition parties should bear in mind. You should not instigate the public to come to places like court to demonstrate.”

Abdul Karim pointed out that the villagers had brought along posters, banners and even ancestral skulls.

“How is it if the decision is not in their favour? Are they going to be violent?” he questioned.

He pointed out that the Federal Court should be allowed to make its judgement freely.


Haze: Take precautions, folk told



KUCHING: People with respiratory problems and those who are active in outdoor sports activities should consider staying home for the time being due to the haze.

Assistant Minister of Youth Development, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, who gave this advice, cautioned that the situation might worsen and hoped the people would take the necessary precautions.

“It is unfortunate, and we hope Indonesia will do something to curb this annual environmental disaster,” he said when met by reporters covering the opening of a halal cafe here yesterday.

“It is better to reduce activities outside.”

On the haze situation in Kota Samarahan, he said it was not as bad as the one on Monday.

“It (situation in Kota Samarahan) has not reached the dangerous or critical stage yet, but in the city of Medan in Sumatra, Indonesia, the visibility is very bad and very unhealthy.”