Friday, 25 September 2015

Pengertian korban adalah luas - Abdul Karim

September 25, 2015

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menerima replika kunci van jenazah daripada Rabiah Wang

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah memberi
ucapan di program ibadah korban di Pejabat
Daerah Asajaya
ASAJAYA: Umat Islam hendaklah melihat pengertian korban dari perspektif yang luas dan bukannya terhad kepada penyembelihan haiwan ternakan di Hari Raya Aidiladha.

Menteri Muda Pembangunan Belia (Bandar) Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata pengorbanan juga meliputi perbuatan membantu anggota masyarakat yang memerlukan bantuan dengan mengenepikan kehendak peribadi demi kesejahteraan semua dalam masyarakat.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah
memotong daging korban di program
ibadah korban di Pejabat Daerah
Asajaya.
Beliau menambah, dalam konteks pembangunan, kesanggupan untuk memberi keutamaan kepada kesejahteraam semua dengan mengizinkan proses pembangunan dilaksanakan juga adalah pengorbanan.

Setiap kali kita menyambut Hari Raya Aidiladha, "kita juga perlu melihat apa yang telah kita korbankan dalam hidup demi faedah diri kita sendiri dan juga masyarakat keseluruhannya," kata beliau ketika berucap di majlis penyerahan daging korban yang diadakan di Pejabat Daerah Asajaya petang ini.

Abdul Karim turut memberi kata-kata perangsang kepada penerima daging korban dengan berkata : "Dengan berusaha bersungguh-sungguh, kita akan keluar daripada belenggu kemiskinan."

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menerima
penyerahan van jenazah daripada Rubiah Wang.
Walau bagaimanapun, beliau memberi peringatan, perlu ada pengorbanan yang mesti dilakukan dalam usaha untuk memperbaiki kehidupan.

Beliau kemudiannya menerima penyerahan sebuah van jenazah bagi pihak Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Daerah Asajaya.

Van jenazah tersebut disumbang oleh Pejabat Ahli Parlimen Kota Samarahan.
  
Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Daerah Asajaya telah menyumbang sebanyak 11 ekor lembu
Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah mencuba
van jenazah
untuk majlis tersebut dan daging-daging korban diserahkan kepada lebih daripada 300 orang.

Sebelum itu, Abdul Karim telah menghadiri program yang serupa di Kampung Sambir Ulu.

Dalam ucapannya, beliau berkata cara pengagihan daging korban untuk kawasan DUN Asajaya diputuskan oleh jawatankuasa program setempat.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah memberi
ucapan di program ibadah korban di
perkarangan Surau Nur Iman di Kampung
Sambir Ulu.
Selain daripada itu, beliau juga telah mengumumkan akan memberi bantuan kewangan sebanyak RM5,000 untuk Surau Nur Iman.

Kampung Asajaya Ulu dan Kampung Rebak turut mengadakan program yang serupa dan kedua-dua program ini telah dihadiri oleh Abdul Karim sebelum beliau ke Kampung Sambir Ulu. -@ybkarimsays







Program Ibadah Korban di Pejabat Daerah Asajaya















Program Ibadah Korban di Kampung Sambir Ulu



























Program Ibadah Korban di Kampung Rebak








Program Ibadah Korban di Kampung Asajaya Ulu








No comments:

Post a Comment