Tuesday 15 September 2015

Sarawak masih dalam zon selamat - Karim

September 15, 2015

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah di apit oleh Ketua Pengarah AADK Sarawak Wan Madehi Wan Salleh (kanan) dan Timbalan Ketua Pengarah AADK (Operasi) Izhar Abu Talib.


KUCHING: Kategori umur yang paling aktif dalam kes penagihan dadah di Sarawak dalam tahun 2014 ialah 22 tahun hingga 29 tahun.

Ini didedahkan oleh Menteri Muda Perumahan dan Belia Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dalam sidang akhbar yang diadakan di sini hari ini.

Beliau turut mendedahkan Sarawak mencatatkan jumlah penagih yang dikesan seramai 1,114 dari tarikh 01 Januari 2014 sehingga 31 Mei 2015 yang mana Bahagian Kuching mencatatkan jumlah penagih yang dikesan yang paling ramai sebanyak 351 orang.


Walau bagaimanapun, menurut Abdul Karim, Sarawak "masih berada di dalam zon selamat" jika dibandingkan dengan mana-mana negeri di Malaysia.

Tambah beliau lagi, agensi-agensi kerajaan yang berkaitan tidak memandang ringan hal ini dan akan terus memperhebatkan usaha-usaha untuk membanteras dadah.

Menurut beliau, diantara usaha-usaha yang sedang dilakukan ialah dengan "menghalusi" mekanisme bagi tujuan melicinkan keseluruhan proses memerangi dadah.

Abdul Karim, yang merupakan Pengerusi PEMADAM Sarawak, turut memberitahu kes penagihan ubat batuk di negeri ini tidak banyak kerana kebanyakan kes-kes penagihan dadah lebih tertumpu kepada pil Nospan dan menghidu gam.

Pada masa yang sama, beliau mengakui ada peningkatan dalam kes-kes penagihan dadah sintetik seperti Syabu "yang mudah untuk diseludup dan mudah untuk digunakan" dan dihasilkan.


Atas sebab itu, tambah beliau lagi, cabaran memerangi dadah semakin mencabar dari semasa ke semasa.

Menyentuh tentang program memerangi dadah, Abdul Karim berkata agensi-agensi yang berkaitan akan berusaha "untuk memberi kesedaran kepada anak-anak muda kita dan juga masyarakat melalui program-program yang akan diaturkan sepanjang tahun di seluruh negeri Sarawak.

Sebelum mengadakan sidang akhbar, Menteri Muda Perumahan dan Belia, mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Peringkat Negeri Sarawak.

Turut hadir dalam sidang akhbar tersebut ialah Ketua Pengarah AADK Sarawak Wan Madehi Wan Salleh dan Timbalan Ketua Pengarah AADK (Operasi) Izhar Abu Talib.


Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah memeriksa teks ucapan beliau sebelum memulakan mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Peringkat Negeri Sarawak

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah memerhati keadaan dalam bilik mesyuarat sebelum memulakan mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Peringkat Negeri Sarawak

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah memerhati keadaan dalam bilik mesyuarat sebelum memulakan mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Peringkat Negeri Sarawak

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah memerhati keadaan dalam bilik mesyuarat sebelum memulakan mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Peringkat Negeri Sarawak

Suasana ketika mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Peringkat Negeri Sarawak



No comments:

Post a Comment