Friday 3 December 2010

BN tiada masalah memenangi pilihan raya negeri: Abdul Karim


MIRI: Barisan Nasional (BN) tidak akan berdepan masalah untuk memenangi pilihan raya akan datang melalui sokongan padu rakyat yang diletakkan ke atas bahu pentadbiran kerajaan sedia ada.

Pengerusi Kelab Penyokong BN Sarawak, Abdul Karim Rahman Hamzah berkata rakyat sentiasa memberikan sokongan kuat kepada pentadbiran kerajaan selama ini yang telah memberikan kemajuan terhadap pembangunan.

“Kerajaan BN mempunyai bukti-bukti kukuh memperjuangkan kepentingan rakyat dalam mentadbir negara dengan baik dan rakyat turut memberikan sokongan serta kerjasama mereka kepada BN,” jelas beliau.

Menurutnya, kerajaan BN telah membawa pelbagai per-ubahan terhadap kemajuan pembangunan termasuk perpaduan masyarakat yang berbilang kaum di negara ini.

Karim yang juga Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri turut memberitahu rakyat Sarawak kini bertambah yakin kerajaan BN merupakan landasan untuk mencapai kemajuan pembangunan dalam pentadbiran.

Beliau berkata demikian dalam jamuan teh Pra-Krismas dan Hari Wanita anjuran Wanita Persekutuan Persatuan Orang Ulu Sarawak Malaysia (FORUM) bertempat di Hotel ParkCity Everly Miri petang semalam.

Ujar beliau lanjut, sokongan berterusan daripada rakyat dapat dilihat melalui pelbagai program kemasyarakat yang dianjurkan bagi mengukuh-kan lagi hubungan antara masyarakt setempat dengan wakil rakyat.