Friday 3 December 2010

BN tiada masalah memenangi pilihan raya negeri: Abdul Karim


MIRI: Barisan Nasional (BN) tidak akan berdepan masalah untuk memenangi pilihan raya akan datang melalui sokongan padu rakyat yang diletakkan ke atas bahu pentadbiran kerajaan sedia ada.

Pengerusi Kelab Penyokong BN Sarawak, Abdul Karim Rahman Hamzah berkata rakyat sentiasa memberikan sokongan kuat kepada pentadbiran kerajaan selama ini yang telah memberikan kemajuan terhadap pembangunan.

“Kerajaan BN mempunyai bukti-bukti kukuh memperjuangkan kepentingan rakyat dalam mentadbir negara dengan baik dan rakyat turut memberikan sokongan serta kerjasama mereka kepada BN,” jelas beliau.

Menurutnya, kerajaan BN telah membawa pelbagai per-ubahan terhadap kemajuan pembangunan termasuk perpaduan masyarakat yang berbilang kaum di negara ini.

Karim yang juga Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri turut memberitahu rakyat Sarawak kini bertambah yakin kerajaan BN merupakan landasan untuk mencapai kemajuan pembangunan dalam pentadbiran.

Beliau berkata demikian dalam jamuan teh Pra-Krismas dan Hari Wanita anjuran Wanita Persekutuan Persatuan Orang Ulu Sarawak Malaysia (FORUM) bertempat di Hotel ParkCity Everly Miri petang semalam.

Ujar beliau lanjut, sokongan berterusan daripada rakyat dapat dilihat melalui pelbagai program kemasyarakat yang dianjurkan bagi mengukuh-kan lagi hubungan antara masyarakt setempat dengan wakil rakyat.


Beliau menyifatkan pihak pembangkang hanyalah wujud menjelang pilihan raya dan ini menunjukkan mereka tidak mempunyai keupayaan sebenar untuk memenangi hati rakyat.

Di samping itu, beliau turut memuji masyarakat Orang Ulu yang saling membantu antara satu sama lain dan hidup dalam suasana harmoni bersama masyarakat berbilang kaum.

“FORUM merupakan platform terbaik untuk masyara-kat Orang Ulu untuk bersama-sama memajukan diri seperti komuniti lain di Sarawak,” ujar beliau.

Katanya, melalui FORUM juga, segala luahan suara akan turut didengari dan sekali gus menjamin masa depan komuniti berkenaan.

Melaluinya juga, anasir-anasir luar yang cuba membawa elemen negatif dapat dielakkan melalui perpaduan dalam persatuan seumpama.

Pada majlis yang sama, Karim turut mengumumkan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM5,000 kepada FORUM Wanita berkenaan untuk kegunaan FORUM tersebut menganjurkan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan.

Hadir sama semalam ialah Presiden FORUM Lihan Jok dan Setiausaha Politik Ketua Menteri merangkap Pengerusi FORUM Wanita, Kaunselor Kijan Toynbee.
  

No comments:

Post a Comment