![]() |
Pemain golf N8 Satok bergambar beramai-ramai bersama (barisan kedua, dari tujuh kiri) Fadillah, Karim dan Sharifah selepas majlis penyampaian hadiah. |
KUCHING: Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menyokong saranan agar Kelab Golf Petra Jaya dijadikan akademi golf remaja.
Menurut Abdul Karim, saranan tersebut dilihat sangat bertepatan dalam usaha Sarawak untuk melahirkan pemain golf yang mampu menyinar hingga ke peringkat antarabangsa.
“Kita semakin kekurangan ‘driving range’ di Kuching. Ketika ini hanya Kelab Golf Sarawak (KGS) yang mempunyai fasiliti demikian untuk peminat golf menjalani latihan.