KUCHING:Sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos harus diraikan sebagai rakyat Malaysia.
Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata bagi Malaysia, 31 Ogos boleh diterima pakai sebagai Hari Kemerdekaan negara yang diraikan oleh semua rakyat Malaysia.
Manakala Hari Malaysia diraikan pada 16 September dan ia tidak menjadi satu masalah.
“Rakyat Sarawak seharusnya meraikan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos sebagai rakyat Malaysia,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.


