Thursday, 24 September 2015

Silat perlu dilihat dari perspektif yang berbeza

September 24, 2015

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menyampaikan ucapan perasmian.


Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah disambut
oleh pesilat-pesilat Perguruan Seni Silat
Helang Putih Perkasa



KUCHING: Pengamal seni silat Melayu mesti berusaha untuk menengahkan silat dikalangan anak-anak muda dari perspektif yang berbeza.

Menteri Muda Belia (Bandar) Datuk Karim Rahman Hamzah berkata peredaran zaman menyebabkan kaedah-kaedah sedia ada untuk merapatkan anak-anak muda dengan seni silat sudah tidak berkesan lagi.

"Ini (seni silat) adalah warisan bangsa kita. Kita tidak dapat mengharap pihak-pihak lain seperti kementerian dan jabatan untuk meningkatkan minat terhadap seni silat.

Sebahagian daripada para hadirin.
"Atas sebab itu saya amat gembira sekali dengan usaha untuk mengadakan bengkel ataupun perjumpaan diantara perguruan-perguruan silat" bagi mencari jalan untuk "menyemarakkan lagi minat anak-anak muda kita terhadap seni silat," kata Abdul Karim, yang mewakili Menteri Perumahan Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, ketika merasmikan Majlis Ibadah Qurban Ke-18 Perguruan Seni Silat Helang Putih Perkasa hari ini.

Beliau turut mencadangkan agar perguruan-perguruan silat mengadakan lebih banyak pertandingan silat sebagai salah satu usaha kearah memupuk minat dikalangan anak-anak muda terhadap seni silat.

Sebahagian daripada para hadirin.
Abdul Karim berkata anak-anak muda mempunyai aspirasi yang berbeza berbanding dengan generasi yang lebih tua daripada mereka, dan ini memungkinkan mereka lebih menyukai usaha untuk memberi mereka platfom untuk menunjukkan kebolehan ataupun menilai tahap kemahiran mereka.

Sebelum menamatkan ucapannya, Menteri Muda Belia, yang juga merupakan Menteri Muda Perumahan, mengumumkan bantuan kewangan sebanyak RM10,000 untuk Rumpun Silat Sarawak dan RM5,000 untuk Perguruan Seni Silat Helang Putih Perkasa.




Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dibantu
oleh Fazaruddin memakai apron.
Sebelum beredar dari majlis, Abdul Karim sempat menyembelih seekor lembu korban.

Turut hadir ialah Pengerusi RSS Muhd Haneef Ali dan Timbalan Pengerusi RSS Fazaruddin Abdul Rahman. -@ybkarimsays
 





Ketibaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah








Upacara Penyampaian Daging Korban










Upacara Penyampaian Cenderamata






Upacara Penyembelihan Lembu Korban







Lain-Lain




No comments:

Post a Comment