Saturday 26 September 2015

Kesejahteraan rakyat sentiasa keutamaan Kerajaan Barisan Nasional - Abdul Karim

September 26, 2015

Datuk Abdul Karim menyampaikan ucapan di Majlis Penyerahan Daging Korban di Kampung Mang.


Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah
menyerahkan daging korban di Kapung Mang.
KOTA SAMARAHAN: Kerajaan Barisan Nasional sentiasa berusaha untuk memberi kehidupan yang selesa kepada rakyat Sarawak dengan menyediakan prasarana.

Walau bagaimanapun, perlu ada kerjasama yang erat diantara kerajaan dan rakyat untuk memastikan semua usaha dapat dijalankan dengan jayanya.

Menteri Muda Pembangunan Belia (Bandar) Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata sedemikian ketika berucap di program penyerahan di Masjid Ali Fatimah di Kampung Mang hari ini.

SIMBOLIK: Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah
memotong daging korban di Kampung Nakong.
Beliau kemudiannya memberitahu, selain daripada menyediakan prasarana, kerajaan juga ada menyediakan banyak skim-skim dalam pelbagai bidang seperti perumahan, education dan ekonomi untuk rakyat.

Sebelum ke Kampung Mang, Abdul Karim telah menghadiri majlis yang serupa di Kampung Nakong.

Dalam ucapan beliau disana, Abdul Karim menegaskan betapa pentingnya hubungan yang erat diantara kepimpinan akar umbi dan rakyat.



Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menyerahkan
daging korban kepada seorang wakil penerima.
Beliau berkata apabila wujudnya perpaduan yang kukuh diperingkat akar umbi, lebih mudah untuk melakukan program-program yang mampu memberi manfaat kepada rakyat.

Abdul Karim turut mengingatkan penduduk Kampung Nakong agar sentiasa memberi perhatian yang serius kepada pendidikan.

PRIHATIN: Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah
berbual dengan seorang penerima daging korban.
Selepas selesai program penyerahan daging korban di Kampung Mang, Menteri Muda Pembangunan Belia (Bandar), yang juga merupakan Menteri Muda Perumahan, bergegas ke Kampung Tanjung Tuang untuk menghadirikan program yang serupa.

Destinasi seterusnya untuk program tersebut ialah Kampung Baru. -@ybkarimsays



Kampung Nakong







Kampung Mang






Kampung Tanjung Tuang







  Kampung Baru






No comments:

Post a Comment