Sunday 27 September 2015

Buang yang keruh, ambil yang jernih - Abdul Karim

September 26, 2015

KEBANGGAAN KRT SERPAN: Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menyampaikan sijil anugerah Ikon Perpaduan KRT Serpan kepada Tuan Haji Bujang Haji Limin


Seorang gadis menyemat bunga di baju Datuk
Abdul Karim Rahman Hamzah
ASAJAYA: Sikap berpuak-puak harus diatasi dengan toleransi yang tinggi bagi memberi laluan kepada kewujudan dan pengukuhan perpaduan dalam masyarakat.

Menurut Menteri Muda Pembangunan Belia (Bandar) Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, sikap berpuak-puak cenderung untuk menimbulkan kekeruhan dalam masyarakat kerana keperluan untuk mewujudkan dan mengekalkan hubungan yang baik bukan lagi menjadi keutamaan.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah bersalam
dengan penduduk kampung
Beliau berkata, bagi sesuatu peristiwa yang sudah berlalu, biarkanlah ia berada dalam lipatan sejarah tanpa ada usaha untuk mengungkit-ungkit peristiwa tersebut dengan tujuan untuk menimbulkan kekeruhan dalam masyarakat.

Perkara yang "tidak bagus, tak usahlah diperbesar-besarkan."

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah bersalam
dengan penduduk kampung
"Beri tumpuan kepada masa hadapan" seperti perancangan ekonomi dan pendidikan, ujar beliau lagi ketika merasmikan Program Pelancaran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Serpan Laut dan Majlis Ramah Mesra Aidiladha 2015 di Kampung Serpan Laut malam tadi.

Abdul Karim kemudiannya berkata beliau amat yakin KRT Serpan Laut mampu untuk membawa Kampung Serpan Laut melangkah jauh memandangkan ada ramai pemimpin yang berkebolehan dalam kampung.

Selepas merasmikan pelancaran KRT Serpan Laut, Abdul Karim kemudiannya menyampaikan anugerah Ikon Perpaduan Serpan Laut kepada Haji Bujang Haji Limin.

Turut hadir ialah Pegawai Jabatan Perpaduan Kawasan Samarahan Suzana Busalam. -@ybkarimsays



















No comments:

Post a Comment