KUCHING: Kerajaan negeri akan sentiasa bersama-sama pihak swasta membawa acara antarabangsa ke bandar raya ini, kata Menteri Muda Pembangunan Belia (Bandar) Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.
Menurutnya, banyak acara antarabangsa telah berlangsung di sini pada masa ini dengan yang terkini adalah ‘Kuching International Bike Week 2015’ yang akan diadakan pada 3 hingga 6 September ini.
“Kita telah melihat Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia dan sekarang Kuching International Bike Week.
“Selain itu, kita juga berusaha membawa lumba basikal dan acara lain yang bertaraf antarabangsa ke Kuching supaya ia akan memberi keceriaan kepada penduduk Kuching dan Sarawak amnya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemu bual selepas sidang media ‘Kuching International Bike Week 2015’ di pusat beli-belah City One Megamall di sini, semalam.
Karim berkata acara-acara antarabangsa amat penting kerana ia dapat mempromosikan bandar raya ini kepada dunia luar.
“Ini kerana apabila acara antarabangsa diadakan, ia akan turut mendapat liputan daripada media luar.
Dalam pada itu, Karim percaya kejatuhan nilai ringgit Malaysia pada masa ini juga akan menarik lebih ramai pelancong asing terutama dari negara-negara Eropah untuk melawat negara ini dan juga Sarawak.
No comments:
Post a Comment