Assalamualaikum dan salam rindu kepada rakan rakan yang saya amat kasihi. Syukur alhamdullilah kerana sama sama kita masih dapat bersama dengan sanak keluarga yang dicintai walaupun mengalami situasi kurang selesa akibat perintah kawalan pergerakan yang dikuatkuasa sehingga 31 Mac ini.
Di kesempatan ini saya meminta semua rakan rakan terutama di kawasan luar bandar untuk patuh dengan Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19 oleh pihak kerajaan.
Banyak perkara yang dirancang oleh kita semua terpaksa dibatalkan disebabkan perintah ini demi keselamatan kesihatan dan untuk mencegah penularan virus Covid-19.
Saya sendiri terpaksa berada dirumah bersama ahli keluarga demi mematuhi perintah larangan bergerak dan rasa rindu terhadap rakan rakan terutama dikawasan Asajaya pun semakin membara.
Namun saya ingin menyeru dan mengingatkan agar semua rakan rakan menjaga diri serta elakkan daripada hadir ke perkumpulan ramai. Mencegah adalah langkah lebih baik dalam situasi ini.
Saya sendiri ingin menggunakan perintah ini sebagai peluang untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan keluarga selain memainkan peranan dalam membendung penularan COVID-19 dari merebak.
No comments:
Post a Comment