Monday 30 March 2020

Penganjuran "SARAWAK YOUTHS STAY-AT-HOME ESPORTS CHALLENGE" inisiatif untuk golongan Belia


Syukur alhamdullilah kerana pada kesempatan ini pihak Kementerian Belia dan Sukan bersama Sarawak eSports Association #SESA akan menganjur acara "Sarawak Youths Stay-At-Home eSports Challenge".

Acara ini adalah julung kali diadakan dan amat unik sekali kerana para peserta hanya perlu mendaftar penyertaan secara Online atau Atas Talian dan tidak perlu hadir ditempat pertandingan kerana mereka akan berentap di alam maya.

Saya difahamkan bahawa acara ini akan berlangsung pada 11 hingga 13 April ini dan ianya dibahagi kepada 2 kategori iaitu #PUBG_Mobile dan #FIFA20 Hanya golongan #belia berumur 15 - 40 tahun dibenar untuk mengambil bahagian dalam acara ini yang menawarkan hadiah hadiah menarik kepada 10 pemain terbaik dalam setiap kategori yang dipertandingkan.

Syabas saya ucapkan kepada pihak kementerian dan #SESA diatas inisiatif yang ditujukan khas untuk golongan muda yang pada masa ini turut bersama kita dalam mematuhi Perintah Kawalan Pergerakkan #PKP yang mewajibkan semua untuk #DudukDiRumah #StayAtHome

Saya turut berharap agar golongan belia sentiasa menjaga kesihatan masing masing dan jangan keluar rumah jika tiada keperluan kerana kita semua mesti patuh dengan arahan #PKP yang berkuatkuasa sehingga 14 April ini.




No comments:

Post a Comment