Terima kasih saya ucapkan kepada rakan rakan #Media kerana sudi memberi liputan berita meluas mengenai mesyuarat jawatankuasa pemandu sektor pelancongan #Sarawak yang berlangsung kelmarin.
Seperti yang saya nyatakan kepada mereka, pihak Kementerian Pelancongan, Keseniaan dan Kebudayaan akan menstrategi semula fokus bagi meningkatkan industri pelancongan negeri yang terjejas susulan pengaruh wabak COVID-19 diperingkat global.
Bagi tujuan itu Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) akan terus mempergiatkan usaha mempromosikan pelancongan domestik.
Kita boleh adakan promosi dalam dan antara negeri-negeri di Semenanjung dan Sabah untuk merangsang industri pelancongan tempatan.
Mengenai perkembangan industri pelancongan negeri susulan wabak COVID-19, sebelum penularan pihak kementerian sememangnya optimistik dengan jumlah kedatangan pelancong ke negeri ini tahun ini mampu mencapai 5 juta orang.
Berdasarkan statistik pada Januari 2020, jumlah kedatangan pelancong meningkat sebanyak 16.17 peratus kepada 419,776 pelancong berbanding 361,334 pelancong pada Januari 2019.
Bagaimanapun, disebabkan penularan COVID-19 serta sekatan kemasukan ke atas pelancong dari negara-negara terjejas, jumlah kedatangan pelancong pada Februari tahun ini menurun 7.2 peratus kepada 311,168 orang berbanding 336,488 pada bulan yang sama tahun 2019.
Justeru, kita akan memantau rapi trend kedatangan pelancong ke negeri ini bagi bulan-bulan Mac, April, Mei, Jun hingga Julai. Tetapi dengan adanya promosi pelancongan domestik yang dibuat, kita akan dapat lihat impaknya kepada industri bermula pertengahan tahun ini,” katanya.
Susulan keadaan yang disebabkan oleh wabak COVID19, setakat ini semua acara yang telah dihebahkan menerusi media akan diteruskan mengikut jadual.
Setakat ini, hanya kejohanan Tennis Davis Remaja yang dijadualkan pada April ditunda ke Julai.
Acara-acara lain, Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF), Lumba Spartan katanya akan diteruskan mengikut jadual.
Bagi sektor penerbangan pula, hanya perkhidmatan oleh Royal Brunei Airlines dari Brunei Darussalam ke Bintulu yang telah ditangguh mulai 15 Mac ini.
No comments:
Post a Comment