Saturday, 8 February 2020

Syukur acara Le Tour de Langkawi peringkat Sarawak berjalan lancar



Tahniah kita ucapkan kepada penganjur perlumbaan basikal #LeTourdeLangkawi #LTdL2020 yang berlangsung dibandaraya #Kuching kelmarin.
Memang hebat  persaingan dikalangan 123 peserta yang datang dari dalam dan luar negara! Syukur alhamdullilah acara berprestij ini telah berjalan dengan lancar dan ianya turut mendapat publisiti meluas daripada rakan2 #Media kita dari dalam dan luar negeri. Semoga penganjuran acara #sukan seperti ini akan mengharumkan nama negeri #Sarawak dipersada dunia berbasikal dan #pelancongan sukan #sportstourism
Sarawak mengalu-alukan penganjuran kembali siri Jelajah Le Tour De Langkawi (LTdL) di negeri ini selepas 23 tahun menyepi. Dari segi fasiliti Sarawak memiliki pelbagai kemudahan sukan bukan sahaja untuk sukan berbasikal malah sukan-sukan lain. Kita turut sentiasa menerima apa-apa cadangan atau penganjuran sukan antarabangsa dianjurkan di negeri ini. Dari segi fasiliti, kita mencukupi bukan sahaja untuk sukan berbasikal tetapi sukan-sukan lain.
Walaupun dari segi logistik mungkin agak sukar, tetapi saya amat kagum melihat bagaimana penganjur LTdL 2020 dalam masa singkat dapat mengaturkan perlumbaan itu dengan baik.
Bagi pihak Kerajaan Sarawak dan Ketua Menteri turut mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan khasnya Perdana Menteri kerana membawa kembali LTdL 2020 ke Bumi Sarawak. Penganjuran LTdL di seluruh Malaysia sedikit sebanyak dapat merapatkan integrasi antara Sabah,
Peringkat kedua berlangsung di Kuala Terengganu pada Sabtu ini sebelum meneruskan kayuhan ke Pantai Timur menyusuri Pantai Barat menuju ke utara untuk saingan penamat peringkat kelapan.
Perlumbaan peringkat kelapan akan berakhir di Langkawi pada 14 Februari ini sebelum tirai jelajah LTdL 2020 dilabuhkan dengan perlumbaan saingan Klasik Antarabangsa Malaysia sempena sambutan jubli perak LTdL pada 15 Februari.






No comments:

Post a Comment