Wednesday, 26 February 2020

Ahli Parlimen Sarawak tidak mudah dibeli

Assalamualaikum dan salam rindu kepada rakan rakan sekalian. Syukur alhamdullilah urusan rasmi saya di luar negara sedang berjalan lancar dan Insyallah ianya akan selesai sepenuhnya dalam waktu terdekat.
Terima kasih diucapkan kepada rakan rakan media kerana sudi bertanya berita d Assalamualaikum dan salam rindu kepada rakan rakan sekalian. Syukur alhamdullilah urusan rasmi saya di luar negara sedang berjalan lancar dan Insyallah ianya akan selesai sepenuhnya dalam waktu terdekat.
Terima kasih diucapkan kepada rakan rakan media kerana sudi bertanya berita dan reaksi saya mengenai perkembangan politik di tanah air yang tercinta. 
Bagi saya...ahli ahli Parlimen (MP) dari Sarawak terutamanya daripada blok GPS akan membuat keputusan tepat, dan sepakat dalam menyelesaikan kemelut politik yang berlaku baru baru ini.
Saya juga yakin kesemua 18 ahli GPS yang mengadap kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong baru baru ini adalah matang (dalam berpolitik) dan tidak semudah dipengaruhi.
Kemungkinan ada yang akan berusaha untuk menarik ahli-ahli parlimen (GPS) menyokong mereka dan sebagainya. Tetapi daripada apa yang dapat saya lihat, wakil-wakil rakyat Sarawak agak matang dan beradab. 
Mereka tidak akan dapat dipengaruhi dengan janji-janji manis dan sebagainya...pendirian GPS berhubung perkara ini amat jelas.
Kita mahu sesiapa sahaja yang membentuk kerajaan baharu yang akan menerajui Malaysia agar menghormati dan menghayati apa yang diminta oleh rakyat Sarawak...ini merujuk tuntutan MA63 selain royalti minyak dan gas, dan sebagainya.
Saya menegaskan bahawa Sarawak tidak akan terjejas dengan kemelut ini, sebaliknya berpendirian kepentingannya sentiasa diutamakan.
Apa yang berlaku di Semenanjung Malaysia tidak menjejaskan (kita) ataupun menyebabkan masalah kepada Sarawak. 
Kerajaan Negeri Sarawak masih lagi berjalan lancar dan tenang di bawah GPS. 
Dan yang penting perhubungan GPS dengan kerajaan pusat kelak; sesiapa sahaja yang menerajui kerajaan pusat adalah amat penting dalam suasana politik Persekutuan.
Kerajaan GPS Sarawak, mestilah sedikit sebanyak rapat ataupun dapat berhubung baik dengan kerajaan yang baharu itu kelak. Perkara ini merujuk kumpulan yang akan menerajui kerajaan pusat apabila kemelut politik ini berakhir. kepada Sarawak. 
Kerajaan Negeri Sarawak masih lagi berjalan lancar dan tenang di bawah GPS. 
Dan yang penting perhubungan GPS dengan kerajaan pusat kelak; sesiapa sahaja yang menerajui kerajaan pusat adalah amat penting dalam suasana politik Persekutuan.
Kerajaan GPS Sarawak, mestilah sedikit sebanyak rapat ataupun dapat berhubung baik dengan kerajaan yang baharu itu kelak. Perkara ini merujuk kumpulan yang akan menerajui kerajaan pusat apabila kemelut politik ini berakhir.



No comments:

Post a Comment