Tuesday 18 February 2020

Kejohanan sukan peringkat antarabangsa harus mematuhi prosedur sedia ada


Baru baru ini saya telah menyaran agar pihak penganjur Kejohanan Jelajah Tenis Dunia ITF J1 Piala Ketua Menteri Sarawak Ke35 disyor meneliti kemasukan peserta atau pemain dari China dan Hong Kong ke negeri ini sempena kejohanan berkenaan.
Ini termasuk dalam permohonan mereka untuk pertimbangan syarat kelonggaran menerima masuk pemain negara terbabit dengan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.
Perkara ini penting bagi mematuhi syarat yang dikenakan jawatankuasa terhadap mereka dari China dan Hong Kong khasnya semasa COVID-19.
Saya berharap penganjur jelajah ITF akan meneliti perkara ini terutama peserta dari China dan Hong Kong dan saya percaya penganjur akan menangani perkara ini kerana ia juga merupakan acara antarabangsa yang penting.
Mungkin mereka boleh mengemukakan kepada kerajaan negeri menerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak ( JPBN)
Sarawak, untuk memberi kelonggaran masuk peserta dari negara itu tetapi dengan syarat turut menjalani pemeriksaan.
Saya turut berterima kasih kepada pihak persatuan tenis Sarawak yang sudi menjemput saya untuk menyempurnakan sidang media mengenai penganjuran Jelajah Tenis Dunia ITF J1 Piala Ketua Menteri Sarawak Ke-35.
Acara menarik ini akan berlangsung pada 10 hingga 15 Mac 2020 di Gelanggang Persatuan Lawn Tenis Sarawak (SLTA) merupakan anjuran SLTA.
Saya berharap semua pihak akan memberi kerjasama kepada kerajaan negeri yang akan terus berjaga-jaga dalam menangani COVID-19 daripada menular ke negeri ini dengan mengenakan langkah ketat di pintu masuk iaitu semua lapangan terbang di Sarawak.
Perkara ini penting bukan sahaja untuknatlet atau peserta bagi pertandingan tenis ini, tetapi atlet untuk acara sukan lain yang datang juga perlu menjalani proses oleh JPBN Sarawak.
Bagi atlet yang didapati ada simptom demam dan batuk mungkin tidak akan dibenarkan masuk.
Bagaimanapun merujuk kepada atlet Jelajah Tenis yang akan datang, segala keputusan penerimaan bagi peserta atau pemain dari dua negara itu, ia adalah terpulang kepada JPBN untuk menguruskannya.
Saya bersyukur kerana kejohanan tenis berpresti ini akan tetap dianjurkan dan penyertaan bagi acara juga telah banyak menerima pengesahan.
Perkara sama turut berlaku dalam penyertaan jelajah lumba basikal Le Tour de Langkawi diadakan di Kuching dimana kita juga mempunyai peserta dari Hong Kong… saya berharap sama juga penerimaan terhadap pemain bagi jelajah tenis ini.
Syabas diucapkan kepada SLTA dalam penganjuran Jelajah Tenis Dunia ITF J1 Piala Ketua Menteri Sarawak Ke-35 yang dijangka akan disertai lebih kurang 37 negara dengan lebih 200 penyertaan terdiri daripada pemain berusia 13 hingga 18 tahun, jurulatih serta ibu bapa pemain.








No comments:

Post a Comment