Monday, 3 February 2020

DBKU diminta kerjasama dalam isu caj tapak acara

KUCHING: Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah meminta penjelasan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) berikutan caj tapak acara yang dikenakan pihaknya tidak berpatutan.
Tambah beliau, ini bukan masa yang sesuai untuk membuat keuntungan sebaliknya menghargai warisan bersejarah dan peninggalan kebudayaan di Sarawak, justeru harga yang dikenakan perlulah berpatutan.
“Kami akan menyelesaikannya dengan DBKU tetapi secara peribadi saya berasakan ia untuk mempromosikan Sarawak dan bandar raya Kuching.
“Memang benar kita perlu membayar tetapi hendak dikenakan pada harga yang berpatutan.
“Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) yang baharu telah menyatakan keinginan beliau bersama pasukan untuk bertemu serta berbincang tentang perkara ini dan semoga ia membuahkan hasil,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di 5th Annual Pongal Harvest Festival di Tebingan Kuching semalam.
Beliau memberi contoh betapa Majlis Perbandaran Sibu mengenakan harga yang lebih baik untuk acara yang dianjurkan kerajaan, sektor swasta dan korporat.
Dengan penjimatan wang berkenaan dapatlah kementerian menjalankan lebih banyak promosi pelancongan untuk Sarawak, ujarnya.
SUMBER BERITA: Utusan Borneo (Tarikh 03.02.2020)




No comments:

Post a Comment