Wednesday 19 February 2020

Majlis Makan Malam Penghargaan MYSS 2020 berjalan lancar

Assalamualaikum dan selamat pagi kepada rakan rakan yang saya kasihi. Syukur alhamdullilah Majlis Makan Malam Penghargaan #MYSS 2020 yang dianjur oleh Kementerian Belia dan Sukan negeri #Sarawak telah berjalan dengan lancar.
Syabas saya ucapkan kepada ahli ahli jawatankuasa penganjur diatas kejayaan dalam penganjuran acara yang telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri serta isteri.
Tahniah juga saya ucapkan kepada para penerima anugerah diatas kejayaan mereka di arena sukan kebangsaan dan antarabangsa. Kepada para persatuan sukan dan NGO #belia yang menerima geran dari kerajaan negeri, kami berharap anda akan menjalankan aktiviti2 dengan sebaiknya. Kepada kakitangan kementerian yang bakal bersara, semoga anda menjaga kesihatan serta kesejahteraan masing masing. Tahniah juga saya ucapkan kepada mereka yang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan semoga kejayaan ini akan membakar semangat untuk bekerja dengan lebih gigih lagi.









No comments:

Post a Comment