Friday 21 February 2020

Sokongan padu diberi kepada skuad boalsepak Sarawak United

Sebagai sokongan kepada skuad bolasepak negeri kita, kerajaan Sarawak telah menyumbang sebanyak RM3.5 juta kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Sarawak (FAS) untuk Sarawak United FC mengharungi persaingan dalam Liga Premier 2020.
Sumbangan itu bagi FAS menyusun strategi yang baik dalam merancakkan lagi pembangunan bola sepak negeri.
Meskipun sumbangan tersebut masih belum mencukupi untuk pasukan itu mengharungi saingan satu musim liga, namun ia serba sedikit dapat memberi sokongan kepada pasukan tersebut.
Jika dikira dari sudut perbelanjaan pastinya memakan jumlah yang besar seperti membayar tiket penerbangan ulang-alik ke Semenanjung, makan minum, pembayaran gaji pemain dan sebagainya.
Dengan adanya sumbangan dan sokongan daripada kerajaan Sarawak, diharap FAS dapat membawa pasukan bola sepak negeri mencapai kejayaan dalam apa jua kejohanan yang disertai, selain ingin melihat pengurusan pasukan ditadbir dengan baik,” ujarnya.
Saya turut bersyukur dengan sambutan hangat terhadap Majlis Pelancaran Jersi dan Memperkenalkan Pemain
Baharu Sarawak United FC 2020 di Dataran Asajaya pada Februari 19 yang lalu.
Hadir sama Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk
Snowdan Lawan, Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) Abdullah Saidol, Presiden
FAS Dato Posa Majais, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya Aidil Lariwoo, ADUN Tupong yang juga Exco Bebas FAS
Fazzrudin Abdul Rahman dan tetamu kehormat lain.
Dalam ucapan perasmian, saya berkata sebagai persatuan induk bola sepak negeri, FAS perlu bertanggungjawab dalam menyelaras dan menganjurkan aktiviti sukan bola sepak di negeri ini.
Kita turut mengucap syabas kepada FAS yang telah menjenamakan semula pasukan Sarawak kepada Sarawak United FC.
Ini kerana hala tuju yang baik bagi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) iaitu hanya pasukan kelab negeri yang layak bertanding di Liga Malaysia pada 2021.
Oleh yang demikian, sebagai pasukan baharu dalam Liga Premier, samasamalah kita turun ke Stadium Sarawak menyokong pasukan Sarawak United FC bila mereka bermain di Kuching.
Selain itu, beliau turut menasihatkan dan memberi kata-kata semangat kepada pasukan Sarawak United FC agar dapat menunjukkan prestasi cemerlang dan terbilang pada setiap perlawanan yang mereka harungi.
Demi maruah Sarawak kerana tidak mahu dilihat sebagai pasukan yang lemah atau pasukan yang sekadar mengambil bahagian dalam liga tersebut.
Semangat pasukan yang tinggi perlu diterapkan dan perlu ada dalam jiwa pemain kita bagi menghadapi setiap perlawanan.
Ini penting untuk memastikan pemain kita sentiasa bersedia dalam mengharungi perlawanan-perlawanan yang mencabar kerana skuad bolasepak Sarawak tetap digeruni oleh pihak lawan.











No comments:

Post a Comment